CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

Seharian menjalankan kerja lapangan di kaw. MPSJ

Selamat datang ke MPSJ, " jom masuk". Gementar rasanya bila pertama kali menjejakkan kaki ke MPSJ, ragu- ragu, takut, malu dan gembira semua perasaan itu bersatu bagi menjayakan kajian ini. Malangnya sewaktu kami tiba, pegawai yang bertugas sudah keluar kerana waktu rehat. Salah kami juga, tidak pandai merancang masa. Akan tetapi, nasib kami sungguh bertuah kerana telah di aturkan satu pertemuan dengan pegawai yang bertugas pada sebelah petang dengan layanan yang begitu baik sekali.Beginilah pandangan bangunan MPSJ yang sungguh lengkap dan selesa infrastrukturnya. Bagi saya, MPSJ begitu canggih dengan pelbagai teknologi seperti pembayaran on- line maka pengguna tidak perlu membazir masa beratur panjang, ia juga dilengkapi dengan wi-fi dan mesin atm selain membuka kaunter yang banyak untuk meningkatkan keefisyenan MPSJ. Mempunyai tenaga pekerja yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa melengkapkan keefisyenannya sehingga kami tidak berasa kekok ketika berada di sana.
3 dara pingitan menjalankan kajian keefisyenan MPSJ membuktikan wanita bukan sekadar berada di dapur untuk masak tetapi wanita masa kini sudah keluar menjalankan kajian. Sungguh pembandaran telah mengubah tradisi wanita kepada lebih moden dan intelektual. Jika dahulu anak gadis tidak akan dibiarkan oleh ibu bapanya keluar jauh daripada rumah namun kini, sesuai dengan konsep dunia globalosasi dimana maklumat di hujung jari, ibu bapa kami meletakkan kepercaan yang sepenuhnya untuk menjaga diri di tempat orang dan kepercayaan itu, tidak akan pernah kami sia-siakan bak kata pepatah " biar mati anak, jangan mati adat".
Setelah penat mencari respondan di The Summit, USJ kami kembali lagi ke bangunan MPSJ untuk menyingkap 1001 rahsia. Pada mulanya, keadaan agak rumit kerana kami di pas daripada 1 pegawai ke pagawai yang lain. Tetapi akhirnya kami di selamatkan oleh Penolong Pengarah Perancang Bandar iaitu Cik Marlina.
Pelbagai masalah yang dibicarakan bersama beliau seperti kebanjiran pendatang asing, kadar rompakan yang semakin meningkat dan kesesakan lalu- lintas. Tegas beliau, setiap bandar yang sedang pesat membangun sudah pasti masalah ini juga yang akan berlaku. Biasalah " rumah mana yang tiada sampah". Namun begitu pihak MPSJ sentiasa mengharapkan maklum balas daripada pihak pengguna. Tambah Cik Marlina lagi, setiap hari pelbagai aduan yang diterima walaupun banyak yang buruk daripada yang baik. Namun begitu, sebagai seorang yang profesional beliau melihat semua aduan itu daripada perspektif yang positif di mana aduan yang banyak diterima menunjukkan penduduk di kawasan itu adalah golongan terpelajar yang mementingkan masa, keefisyenan dan layanan yang mesra. Selain itu, aduan- aduan yang diterima akan dipantau dan diperbaiki, secara tidak langsung meningkatkan mutu MPSJ.
Kami agak terkejut apabila diberitahu di MPSJ, tiada hospital kerajaan yang disediakan, hanyalah hospital seperti Colombia, SJMC, Sunway Medical Centre dan KPMC yang berperanan untuk menyelamatkan nyawa penduduk di MPSJ. Pada pendapat saya kalau begini tentu sukar bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta memerlukan kos yang tinggi, secara tidak langsung ' yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin dan terpinggir'
Walaupun MPSJ di penuhi dengan pusat membeli- belah, hotel dan industri yang banyak namun menurut Cik Marlina, guna tanah terbesar di MPSJ ialah untuk kawasan kediaman dan infrastruktur. Ini terbukti apabila kami sendiri melihat peta kawasan MPSJ namun tidak dapat membawanya pulang untuk tatapan semua.
Nak tahu tak???....

Apa pendapat Cik Marlina tentang:-

3 aspek bandar yang efisyen?

  1. Infrastruktur yang cukup dan lengkap
  2. Bandar yang selamat dan aman
  3. Toleransi antara penduduk

3 aspek bandar yang tidak efisyen?

  1. Tiada pengawalan dan pemantauan berterusan
  2. Tiada peruntukan yang cukup untuk menjalankan penambahbaikkan infrastruktur.
  3. Kemudahan yang tidak lengkap

Kaunter pembayaran pada sebelah petang sewaktu hujan, jadi tidaklah sesibuk pada waktu pagi. Di Sunway Pyramid. Kami tiba di sana sewaktu azan maghrib berkumandang. Tetapi keadaan di sini tidaklah seperti di kampung kerana apabila azan maghrib berkumandang semua berpusu- pusu masuk ke rumah dan menunaikan solat, sementara abah pula sudah pergi ke masjid untuk berjemaah. Tetapi di sini lain pula yang berlaku, sewaktu azan berkumandang, volume musik di disko dan pub- pub semakin rancak menghanyutkan anak bangsa saya. Sedih, pilu, marah , benci kerana pembangunan merosakkan nilai ketimuran. Remaja seawal 13 tahun sudah memakai pakaian yang mencolok mata, dengan rambut yang seperti terkena hujan asid. Apa nak jadi dengan mereka?, kemana hilangnya ibu bapa mereka?. Terkenangkan masa lalu, jika terlambat pulang waktu bermain pukul7, emak sudah pasti memarahi dan menarik telinga sehingga gentar untuk balik lewat lagi. Tapi kini, entahlah... hanya jauhari yang mengenal manikam...

Selepas menunaikan solat maghrib kami terus menjalankan misi mencari respondan. Kali ini buat pertama kalinya kami dipandang hina sehingga pengunjung melihat kami lebih jelek daripada remaja yang tidak cukup kain. Remaja yang sudah runtuh akhlaknya mengejek dan mangacau kami. Saya turut di marahi oleh beberapa respondan, menitis air mata bila pertama kali ditengking seperti orang yang tidak bermaruah. Ikutkan hati mahu sahaja saya membalasnya tetapi demi ingin menjaga nama baik UKM saya hanya mampu berdiam dan tersenyum...

Rakaman akhir sebelum meninggalkan Sunway Pyramid..

0 comments: