CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 30, 2008

Nur Diyana Binti Mohd Isa

Pelan lokasi MPSJ ^-^

Tuesday, September 23, 2008

Local Agenda 21

  • Local Agenda 21 di MPSJ sebenarnya telah lama diterapkan di dalam pengurusan MPSJ iaitu semenjak tahun penubuhannya pada tahun 1997. Telah banyak program-program yang diatur melibatkan hubungan 2 hala antara pihak MPSJ dan penduduk-penduduk di kawasan pentadbiran MPSJ. Namun begitu istilah LA 21 mula digunakan secara rasmi pada pada tahun 2002.
  • Wawasan Masyarakat
    Menjayakan program-program Local Agenda 21 bagi membangunkan MPSJ sebagai sebuah perbandaran bestari dan mampan.
  • Memastikan MPSJ menjadi sebuah agensi kerajaan yang sentiasa telus dan mesra rakyat.
    Memastikan masyarakat setempat MPSJ sentiasa hidup di dalam keadaan selesa, aman dan harmoni.
  • Perkongsian pengalaman dan pendapat secara dua hala dengan bandar-bandar di negara-negara maju bagi meningkatkan program-program Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
  • Menerapkan penggunaan ICT dan konsep e-Governmernt di dalam menggalakkan pentadbiran yang lebih telus dan mesra rakyat.
    Menghasilkan satu generasi pelapis yang boleh meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat menerusi program-program Local Agenda MPSJ.

Program Pembangunan Mampan dan Lical Agenda 21 MPSJ

Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat

  1. Program Pembangunan Jawatankuasa Penduduk (JKP MPSJ)Program yang bertujuan menggerakkan masyarakat melalui penubuhan jawatankuasa penduduk di kawasan kejiranan yang mampu menjadi penghubung di antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan disamping bekerjasama di dalam penganjuran pelbagai program kemasyarakatan.Selaras dengan hasrat untuk mencapai taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) maju yang mempunyai ciri-ciri "World Class", MPSJ perlu bergerak bersama-sama dengan penduduk sebagai satu pasukan. Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ telah ditubuhkan mengikut bahagian yang terdiri daripada 24 sub zon yang mewakili kira-kira 470,000 orang penduduk diseluruh kawasan Perbandaran MPSJ, meliputi Zon Subang, Zon Kinrara, Zon Sri Serdang dan Zon Seri Kembangan dengan keluasan 161.8 km. Jawatankuasa Penduduk MPSJ telah ditubuh dan dirasmikan pada 10 Februari 2001 oleh Menteri Besar Selangor.
  2. Program Masyarakat Berinformasi.Portal JKP MPSJ dibangunkan khas bagi menggalakkan Masyarakat untuk celik IT disamping menyalurkan pelbagai informasi bagi kegunaan masyarakat setempat .
  3. Peta Pembahagian Kawasan Zon-Zon JKP MPSJ :
    Subang - Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Zon 5
    Kinrara - Zon 6 Zon 7 Zon 8 Zon 9 Zon 10 Zon 11
    Sri Serdang - Zon 12 Zon 13 Zon 14 Zon 15 Zon 16 Zon 17 Zon 18 Zon 19 Zon 20

    Seri kembangan - Zon 21 Zon 22 Zon 23 Zon 24

Fungsi PBT

Antara fungsi PBT di peringkat tempatan:-

  1. Memproses permohonan pelan pembangunan yang dikemukankan.
  2. Mengawal aktiviti pembangunan guna tanah melalui pemakaian akta dan garis panduan.
  3. Mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan yang terperinci terhadap pembangunan.
  4. Menyelaraskan pelaksanaan dasar dan strategi rancangan pemajuan yang diwartakan.
  5. Menjalankan kajian dan kajiselidik perancangan pembangunan.
  6. Menyelaraskan dasar dan polisi PBT berhubung dengan pembangunan.

MPSJ

DASAR JABATAN

  • Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berterusan dari segi khidmat perbandaran, penjagaan landskap dan taman permainan, percukaian taksiran dan lain-lain kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, kelulusan perancangnan dan pelan bangunan, pembangunan kemudahan dan pusat-pusat rekreasi serta lain-lain khidmat pengurusan dan kemasyarakatan kepada seluruh pelanggan dan penduduk setempat dengan kadar yang cepat dan cekap, adil, berkesan dan konsisten

  • MISI JABATAN
    Untuk Memastikan MPSJ menawarkan perkhidmatan terbaik dalam usaha melatakkannya sebagai perbandaran bestari yang cantik, bersih dan selesa bagi melicinkan aktiviti perniagaan, perindustrian dan kediaman.
  • VISI JABATAN
    Untuk menjadi Majlis Perbandaran yang terunggul di Malaysia, yang mencapai tahap ciri-ciri ‘World Class’ dengan mewujudkan Perbandaran Bestari, Kota Niaga, Kediaman Idaman.

Sunday, September 21, 2008

Utusan Malaysia (ARKIB 12/08/2008)

Tapak pelupusan haram: MPSJ akan bertindak
SUBANG JAYA Pemilik tapak pelupusan sampah haram di Bukit Lanchong dekat Puchong yang telah berlarutan sejak beberapa tahun akan dikenakan tindakan jika tidak dibersihkan.Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Mohd. Ikhsan berkata, pemilik tapak itu sudah diberi notis sebulan yang lalu supaya membersihkan kawasan tersebut.
"Kita sudah beri notis dan jika kawasan itu masih di tahap yang sama seperti sebelum ini, MPSJ akan mengambil alih kawasan itu untuk tujuan pembersihan," katanya selepas melancarkan majlis menanam 51 batang Pokok Keamanan di sini.
Beliau menambah, MPSJ juga akan mohon kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih kawasan tersebut untuk dimajukan.
"Kami memberi peluang kepada pemilik tanah dengan memberi notis dan sekiranya pemilik tanah itu berdegil, kami terpaksa mengambil tindakan.
"Pegawai kami akan turun dan melihat sendiri perkembangan di kawasan itu dan kami akan bertindak bergantung pada kesesuaian keadaan,'' tambah beliau.
Sementara itu, MPSJ menjadi pihak berkuasa tempatan yang pertama dipilih untuk menanam 51 batang pokok sebagai simbol keamanan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-51.

Di petik daripada Utusan Malaysia (ARKIB 09/09/2008)

Tambah baik transit awam secara menyeluruh

  • Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam perlu mengambil kira pendekatan yang lebih menyeluruh. Pemanjangan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya ke Subang Jaya, dan laluan Kota Damansara ke Cheras tidak menjamin masalah pengangkutan awam di Lembah Klang dapat diselesaikan. Ini kerana penanda aras kualiti pengangkutan awam bergantung kepada kecekapan, keselesaan dan keselarasan keseluruhan kenderaan pengangkutan awam yang sedia ada. Pengagihan peruntukan penambahbaikan transit awam harus mengambil kira bukan sahaja keperluan 7 juta penduduk Lembah Klang yang kebanyakannya berada di luar kawasan jajaran LRT, malah keperluan bandar raya lain yang sesak seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang.
  • Pembinaan transit awam menggunakan rel tidak semestinya akan menambahkan penggunaan transit awam. Tanpa sokongan sistem laluan bas aliran deras (BRT atau busway rapid transit), jajaran kereta api KTM Komuter, KL Monorel, PUTRA dan STAR LRT yang sedia ada di kawasan bandar raya Kuala Lumpur hanya dapat meliputi 10 peratus penduduk dan pekerja yang berada berhampiran dengan stesen perhentian kereta api.
  • Sistem BRT yang melalui stesen LRT perlu diberi keutamaan dengan lorong bas khas yang berterusan dan dilengkapi dengan lampu isyarat khas sekitar jalan lebar di dalam pusat bandar supaya capaian LRT yang sedia ada dapat diperluaskan dan menambah baik perkhidmatan KTM Komuter supaya perjalanan penumpang menjadi mudah, kerap dan selesa.
  • Setiap tren mampu memanfaatkan 8 gerabak, jumlah maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu platform. Dengan pengubahsuaian pada trek dan lampu isyarat, perkhidmatan tren Komuter mampu dikerapkan kepada setiap 5 minit, dan laluan ekspres boleh diperkenalkan supaya masa perjalanan dari KL ke Shah Alam dipendekkan kepada 25 minit.
  • Perkhidmatan kereta api laju ERL untuk laluan KL-Bandar Tasik Selatan-Serdang wajar dibuka kepada orang ramai dengan harga tambang yang lebih rendah bagi mengurangkan bebanan laluan tren Komuter Rawang-Seremban- cadangan transit deras awam bertaraf dunia berkos rendah namun berkualiti tinggi.
  • MeyakinkanSistem bas RapidKL dan Rapid Penang gagal meyakinkan orang ramai menggunakan bas kerana corak perjalanan bas merumitkan dan meletihkan. Tambahan pula, laluan yang digunakan dihalang oleh kesesakan trafik sedia ada. Stesen KL Sentral pula tidak dapat berfungsi sebagai hab transit awam yang cekap kerana jaringan jalan raya persekitaran yang sesak dan rumit.
  • Penyelesaian yang paling mudah ialah dengan membina susur masuk dan keluar khas dari terminal bas di KL Sentral terus ke Jalan Travers (dan seterusnya Lebuhraya Mahameru, NKVE dan SPRINT). Terminal dengan susur masuk dan keluar khas juga wajar dibina di Pasar Rakyat yang berdekatan dengan monorel dan susur masuk Lebuhraya KL-Putrajaya, di stesen Dang Wangi yang mejadi pintu masuk ke Lebuhraya Bertingkat KL-Ampang, di Stesen Abdullah Hukum dan MidValley yang mempunyai capaian mudah ke susur masuk SPRINT di Kerinchi dan susur masuk Lebuhraya Pantai, dan di Stesen Sentul Timur yang berdekatan dengan lebuh raya DUKE.
  • Kesemua terminal ini merupakan hab gerbang masuk bandar raya paling praktikal bagi bas antara bandar dari kawasan sekitar Lembah Klang yang dihubungkan dengan lebuh raya seperti Kajang, Ampang, Gombak, Sungai Buloh, Damansara, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong dan Cheras.
  • Semasa waktu puncak, tender boleh ditawarkan kepada syarikat bas ekspres dua tingkat yang sedia ada. Penguatkuasaan polis serta laluan dan lampu isyarat khas perlu diadakan untuk memudahkan bas antara bandar dan kenderaan kecemasan meredah kesesakan lalu lintas.
  • Kerana ketidakcukupan tanah, terminal bas antara bandar sesuai dibina di atas lebuh raya dan di lokasi strategik bersebelahan dengan terminal bas henti-henti yang berada dalam kawasan perumahan.
  • Laluan bas henti-henti di kawasan perumahan dipermudahkan agar pengguna bas dapat sampai ke terminal bas antara bandar tidak lebih 10 minit, dan laluan serta perhentian bas dihadkan dalam jalan persiaran yang mempunyai capaian tidak lebih dari 10 minit berjalan kaki dari kawasan perumahan sekeliling.
  • Badan Berkuasa Pengangkutan Awam yang bakal ditubuhkan perlu menyepadukan seluruh perkhidmatan transit awam perbandaran di bawah satu entiti yang menawarkan sistem perjalanan dan tambang yang sepadu dan seragam.

Utusan Malaysia (ARKIB 13/09/08)

Letak kereta percuma untuk OKU di MPSJ
SUBANG JAYA- Orang kurang upaya (OKU) yang menetap di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini boleh meletakkan kenderaan mereka di mana-mana petak letak kereta pihak berkuasa tempatan itu dengan percuma. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mendapatkan pelekat khas untuk tujuan itu daripada MPSJ. Selain itu, mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling.
Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, daripada 298 OKU yang layak, hanya 23 orang sahaja yang telah mendapatkan pelekat khas itu setakat ini.
Sehubungan itu, beliau meminta OKU di Subang Jaya supaya menggunakan kemudahan tersebut, yang pada masa ini sangat rendah jumlahnya yang mendaftar. Katanya, bagi yang belum mendaftar dengan JKM, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kad pendaftaran dan membawa kad itu untuk mendapatkan pelekat tersebut dengan percuma.
"Kemudahan ini sudah lama diperkenalkan iaitu sejak 2006 tetapi ramai yang tidak menggunakannya, mungkin kerana mereka tidak tahu adanya kemudahan ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pihaknya telah memperluaskan kemudahan dan menawarkan banyak perkhidmatan untuk OKU.
Antaranya, kata beliau ialah menyediakan ruang khas untuk mereka di bangunan MPSJ, laluan khas yang berbumbung, kemudahan kerusi roda serta tandas, kaunter bayaran di kafeteria dan lif yang mesra OKU.
"Projek komersial yang baru di kawasan Subang Jaya juga disyaratkan supaya mempunyai kemudahan untuk OKU. Kita juga memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan," katanya.
Adnan berkata, segala kemudahan itu telah membolehkan MPSJ bebas daripada sebarang aduan yang berkaitan dengan kemudahan OKU pada sepanjang tahun lepas.

Teori Mac Gee


Berdasarkan teori Mc Gee (1971), terdapat 3 teori yang dapat dirumuskan:-

  1. Teori demografi yang melihat peralihan penduduk daripada luar bandar ke bandar.
  2. Teori yang menganggap bandar sebagai faktor pendorong ekonomi kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.
  3. Bandar sebagai pencetus perubahan sosial.

Teori ekologi- sosial bandar (The Chicago Scholl)

  • Tokoh utama: Park, Burgess & Mc Kenzie
  • Pada tahun 1925, E.W Burgess membentuk model ini di mana wilayah- wilayah sosial dengan ciri- ciri sosial dan ekonomi bandar tersusun menyerupai bentuk lingkaran bertingkat yang mengelilingi pusat.
  • Maka dapat disimpulkan- semakin dekat tanah dengan pusat bandar, semakin mahal harganya dan begitulah sebaliknya.
  • Selepas teori ini di ajukan kepada Sherky & Bell ( akhir 1950 & awal 1960) ia dinamakan "analisis wilayah sosial".
  • Jelas menunjukkan bahawa struktur wilayah bandar dapat diterangkan dalam 3 perkara utama:-
  1. Status sosial
  2. Pembahagian etnik
  3. Budaya kota