- Fenomena yang membuatkan saya terkejut apabila kanak- kanak melayu seawal usia 4 tahun sudah berani menengking bapanya dalam bahasa inggeris iaitu " hey you!!!" yang hanya bergurau. Kalau sayalah bukan sekadar hendak menengking tetapi hendak berkata tidak dengan abah pun berfikir sejuta kali. Terkedu seketika melihat kejadian itu berlaku kerana bapanya adalah respondan saya yang baik hati dan menerima soal selidik saya dengan hati yang terbuka.
- Hasil perkongsian pengalaman saya dengan seorang pemandu teksi yang begitu kental semangatnya untuk memartabatkan islam, dia berkata bukan sekadar tengking namun terdapat kejadian penumpang teksinya, di mana seorang anak sekitar berumur 11 tahun menendang bapanya kerana marah... Nilai apakah ini, adakah masyarakat kita yang baru sahaja berhijrah ke bandar sudah lupa asal usul mereka dan meniru gaya hidup masyarakat barat yang tidak menghormati ibu bapa. Tambah pak cik lagi, anak- anak melayu terutamanya semakin hancur dan hanyut dengan kejutan budaya. Meraka sudah pandai membeli arak tanpa rasa takut walaupun semasa mengenakan pakaian seragam sekolah. Mana tidaknya, di sekitar Sunway Pyramid arak di jual berleluasa sehingga nak muntah saya terhidu baunya. Tidak fahamlah, bukankah Malaysia ialah negara islam???.. tepuk dada tanyalah selera. Tambahnya lagi keruntuhan akhlak remaja melayu kerana kurang didikan agama, kasih sayang, serta kesibukan ibu bapa yang bergaji rendah yang harus bekerja siang dan malam untuk menampung kos hidup yang tinggi menyebabkan mereka jarang berada di rumah. Remaja yang kosong jiwanya mencari hiburan dengan meniru gaya daripada drama dan filem barat seperti mengamalkan cara hidup bebas, minum arak dan tidak menghormati ibu bapa.'
- Apabila menjejakkan kaki ke hotel dan pusat membeli- belah untuk mencari respondan, rasa bagai berada di luar negara kerana rata- rata pekerja bukanlah berasal daripada Malaysia. Baik daripada pengurusnya sehingga penyambut tetamu. Terdetik di hati dimana anak Malaysia sebenarnya?. Masalah ini turut di kongsi bersama seorang respondan wanita berbangsa india lewat umur 40an yang menyatakan ketidakpuasan hatinya. Menurut beliau, kawasan perumahan yang di dudukinya turut sama di huni oleh pekerja asing terutamanya yang berasal daripada Bangladesh. Satu rumah boleh memuatkan sekitar belasan orang. Cuba anda bayangkan keadaan rumah itu sudah tentulah tidak serupa rumah dengan keadaan persekitarannya yang kotor dan berbau busuk. Saya turut bersimpati dengannya kerana beliau begitu tertekan dengan persekitaran rumah yang kotor dan berbau busuk. Maka " rumahku syurgaku hanya dalam mimpi sahaja". Perkara ini telah saya laporkan kepada Cik Marina. Saya percaya pihak MPSJ sedang giat menjalankan usaha bagi memastikan pembangunan dapat dinikmati oleh semua penduduk MPSJ.
- Sungguhpun tidak dilahirkan di bandar namun saya berasa amat bersyukur kerana di kampung mempunyai nilai dan semangat kejiranan yang tidak mungkin akan diperolehi di bandar. Biarlah membesar tanpa pusat membeli- belah dan hotel yang mewah tetapi daripada segi didikan agama, akedemik dan budaya serta kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada emak dan abah melebihi semua nikmat yang ada di dunia. Biar membesar di kawasan luar bandar namun alhamdullilah semua abang serta kakak saya telah menggenggam segulung ijazah membuatkan saya juga turut mahu membalas jasa emak dan abah dengan menghadiahkan segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.
- Kesimpulannya, biar pun penat mengharungi kehidupan seharian di bandar MPSJ namun pengalaman ini cukup berharga dan tidak mungkin di perolehi di kos yang lain. Jika sebelum ini, saya melihat gejala sosial di televisyen dan majalah namun kini saya sudah melihatnya sendiri. Bandar memang di akui mempunyai persekitaran yang kondusif, selesa, infrastruktur yang lengkap namun belum tentu selamat. Kewujudan bandar ada baik dan buruknya terpulanglah kepada individu membuat penilaian dan memilih yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
0 comments:
Post a Comment