Berdasarkan carta pai, jelas menunjukkan peratus jantina penduduk perempuan melebihi lelaki.
Peratus penduduk perempuan sebanyak 66.7% manakala penduduk lelaki pula hanya sebanyak 33.3%. Komposisi penduduk MPSJ mengikut jantina adalah 2 perempuan: 1 lelaki. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti :-
- Populasi perempuan yang sememangnya lebih tinggi berbanding lelaki.
- Sebilangan populasi lelaki berada di penjara dan pusat serhenti untuk tujuan pemulihan akhlak.
- Oleh kerana MPSJ merupakan sebuah bandar elit yang di banjiri oleh golongan intelektual serta berada, ini menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan yang tertumpu kepada perkhidmatan dan kerja- kerja pejabat yang lebih sesuai untuk golongan perempuan dan kurang menarik minat lelaki.
- Jika di lihat di Universiti sendiri, peratus perempuan jauh lebih tinggi berbanding lelaki maka tidak hairanlah kalau fenomena ini turut berlaku di MPSJ.
- Sebahagian besar menetap di kawasan MPSJ untuk tujuan pendidikan selain mencari pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup. Dan golongan yang membanjiri bandar tentulah pelajar dan pekerja perempuan kerana perempuan zaman sekarang mempunyai inisiatif untuk memajukan diri dalam semua bidang.
- MPSJ mempunyai banyak pusat membeli- belah yang mewah dan serba lengkap. Tidak ketinggalan kekerapan mega sale yang memikat hati penduduk perempuan. Bersesuaian dengan naluri seorang perempuan yang pantang dengar sale dan berjumpa pusat membeli- belah. Selain itu di bandar lebih banyak pusat kecantikan yang lebih tertumpu kepada perempuan.
0 comments:
Post a Comment