CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Kriteria untuk menguji tahap keefisienan bandar

  1. Ekonomi bandar
  2. Kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial
  3. Infrastruktur dan utiliti
  4. Rekabentuk, imej dan landskap bandar
  5. Pengangkutan & perhubungan
  6. Perdagangan/ Perkhidmatan
  7. Perkilangan & perindustrian
  8. Pelancongan & budaya
  9. Perumahan
  10. Keselamatan & kawalan
  11. Governans
  12. Alam sekitar
  13. Perkhidmatan secara online/ governans

Antara kesimpulan respondan tentang keseluruhan keefisienan bandar...

  1. Lengkap daripada semua aspek namun perlukan sedikit perubahan dimana hiburan malam perlu di kurangkan kerana ia akan meningkatkan kadar gejala sosial atau jenayah sosial
  2. Merupakan bandar yang lengkap dan bagus namun kadar pendatang asing yang menetap di sini perlu di kurangkan.
  3. Hospital kerajaan tiada menyukarkan penduduk berpendapatan rendah.
  4. Perkhidmatan dan layanan yang baik, di lengkapi dengan aneka juada yang sedap dengan harga yang berpatutan. Akan tetapi, pengurusan pengangkutan awam yang teruk contohnya pengguna harus membuang masa berjam menunggu teksi dan bas. Selain itu, teksi tidak menggunakan meter.
  5. Puchong merupakan bandar yang mempunyai kadar kesesakan lalu- lintas tinggi terutamanya di LDP (ke arah Sunway tol) dan kepadatan populasi penduduk yang tinggi. Secara keseluruhannya, pembangunan infrastruktur organisasi harus dititikberatkan terutamanya keindahan alam sekitar. Suatu perancangan lengkap dan sistematik harus di mulakan untuk keefisienan bandar yang lengkap, sesuai dan selamat.
  6. Sunway merupakan bandar yang moden dan cantik, yang menawarkan perkhidmatan dan layanan yang baik.

Aspek bandar yang tidak efisyen

  1. Bandar yang kotor dan sesak
  2. Kadar jenayah yang tinggi & kurang keselamatan
  3. Kesesakan lalu- lintas dan kepadatan penduduk yang tinggi

Aspek bandar yang paling efisien di kalangan penduduk MPSJ

  1. Infrastruktur yang serba lengkap
  2. Menawarkan perkhidmatan yang pelbagai seperti pusat membeli- belah dengan layanan yang mesra
  3. Kurang kesesakan jalanraya mahupun kepadatan penduduk yang tinggi melalui perancangan yang awal yang baik dan rapi

Ranking tahap keefisyenan bandar mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan

Berdasarkan survey yang telah dijalankan, kami mendapati penduduk telah mengkategorikan Pihak Berkuasa Tempatan di sekitar Lembah Klang berdasarkan ranking 1(paling efisien) sehingga 10 (paling tidak efisien).

  1. Putrajaya & Cyberjaya
  2. Kuala Lumpur
  3. Petaling Jaya
  4. Subang Jaya
  5. Shah Alam
  6. Sepang
  7. Ampang Jaya
  8. Shah Alam
  9. Klang
  10. Banting
  11. Kajang
  12. Kuala Selangor
  13. Kuala Kubu Baru

Wednesday, November 19, 2008

Analisa komposisi penduduk MPSJ mengikut negeri asal.



Berdasarkan carta pai, jelas menunjukkan penduduk yang berhijrah ke kawasan MPSJ terdiri berasal daripada penduduk daripada seluruh Malaysia.
Penduduk yang berasal daripada Selangor, Johor, Perak dan Kuala lumpur menunjukkan peratus terbanyak iaitu sebanyak 20%, 17.8%, 15.6% dan 8.9%. Sementara negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan dan Perlis masing- masing sebanyak 2.2%, 4.4%, 6.7%, 2.2% dan 2.2%. Petaling Jaya, Pulau Pinang, Sarawak sebanyak 2.2%, 2.2% dan 8.7%. Penduduk yang berasal daripada Subang Jaya, Sungai buloh dan terengganu menunjukkan peratus yang sama iaitu sebanyak 2.2%.

Kebanyakkan penghijrahan penduduk ke MPSJ berasal daripada Selangor, Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Jika dilihat negeri- negeri tersebut tidaklah ketinggalan daripada segi kemajuan baik daripada segi ekonomi mahupun akademik. Kemungkinan tawaran kerja dengan persekitaran yang baru serta gaji yang lebih lumayan mendorong penghijrahan penduduk ke bandar MPSJ.
Ada kemungkinan juga, penduduk datang ke bandar pada mulanya untuk mendapat pendidikan, namun apabila terasa kehidupan lebih selesa dan menjamin masa depan maka mereka terus menetap di bandar. Rata- rata respondan mengatakan apabila sudah pencen atau tidak larat bekerja lagi mereka mahu pulang ke kampung. Ini kerana persekitaran bandar yang sibuk, bising dan sesak tidak sesuai untuk golongan yang telah berumur.

Analisa komposisi penduduk mengikut tahap pendidikan



Berdasarkan carta pai, hasil daripada kajian menunjukkan sebilangan besar penduduk MPSJ merupakan golongan terpelajar dan tiada yang tidak bersekolah ( sekolah menengah/ rendah).
Peratus tahap pendidikan yang terendah ialah tahap PMR/ SRP/ LCE sebanyak 4.4%, di ikuti dengan STPM/ MCE sebanyak 6.7% dan SPM/MCE pula sebanyak 8.9%.
Peratus tahap pendidikan Diploma dan Ijazah menunjukkan peratus paling tinggi iaitu kedua- duanya menunjukkan peratus yang sama iaitu sebanyak 35.6% dan yang terakhir tahap pendidikan Ijazah lanjutan (Sarjana/Ph. D) sebanyak 8.9%.
Dapatlah kita simpulkan bahawa penduduk MPSJ rata- rata memiliki diploma dan keatas. Tahap pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk menyebabkan bandar MPSJ diantara bandar yang paling cepat berkembang pesat baik daripada segi ekonomi mahupun infrastruktur.
Kebanyakkan golongan terpelajar gemar menetap di bandar untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan mereka. Selain daripada itu, bandar turut menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dan pelbagai pilihan terhadap pakaian, barangan harian, makanan mahupun perkhidmatan.
Semakin banyak golongan terpelajar di sesebuah bandar, maka semakin maju atau bandar semakin pesat berkembang maju daripada semua aspek.

Analisa komposisi penduduk MPSJ mengikut bangsa.



Berdasarkan carta pai jelas menunjukkan penduduk melayu yang merupakan penduduk majoriti sebanyak 44.4%, cina pula menunjukkan komposisi penduduk sebanyak 40%, india 13.3% dan lain- lain pula ialah 2.2%.
Komposisi kaum cina merupakan penduduk majoriti jika mengikut taburan penduduk pada tahun 2000 iaitu dengan komposisi penduduk 7cina: 6 melayu: 2 india.
Hal ini disebabkan inisiatif atau langkah kerajaan yang menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menyusun semula masyarakat agar sesebuah bandar itu tidak di monopoli oleh satu bangsa sahaja. Dengan DEB perpaduan antara kaum dapat berjalan dengan lancar dan peristiwa 13 mei di harap tidak akan berulang lagi.
Pada tahun 2008, penduduk lain- lain berasal daripada Afrika, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan pelbagai lagi berhijrah ke kawasan sekitar MPSJ untuk mencari pekerjaan atau mendapat pendidikan di tempat yang selamat dan aman.

Analisa penduduk MPSJ mengikut jantina



Berdasarkan carta pai, jelas menunjukkan peratus jantina penduduk perempuan melebihi lelaki.
Peratus penduduk perempuan sebanyak 66.7% manakala penduduk lelaki pula hanya sebanyak 33.3%. Komposisi penduduk MPSJ mengikut jantina adalah 2 perempuan: 1 lelaki. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti :-

  1. Populasi perempuan yang sememangnya lebih tinggi berbanding lelaki.
  2. Sebilangan populasi lelaki berada di penjara dan pusat serhenti untuk tujuan pemulihan akhlak.
  3. Oleh kerana MPSJ merupakan sebuah bandar elit yang di banjiri oleh golongan intelektual serta berada, ini menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan yang tertumpu kepada perkhidmatan dan kerja- kerja pejabat yang lebih sesuai untuk golongan perempuan dan kurang menarik minat lelaki.
  4. Jika di lihat di Universiti sendiri, peratus perempuan jauh lebih tinggi berbanding lelaki maka tidak hairanlah kalau fenomena ini turut berlaku di MPSJ.
  5. Sebahagian besar menetap di kawasan MPSJ untuk tujuan pendidikan selain mencari pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup. Dan golongan yang membanjiri bandar tentulah pelajar dan pekerja perempuan kerana perempuan zaman sekarang mempunyai inisiatif untuk memajukan diri dalam semua bidang.
  6. MPSJ mempunyai banyak pusat membeli- belah yang mewah dan serba lengkap. Tidak ketinggalan kekerapan mega sale yang memikat hati penduduk perempuan. Bersesuaian dengan naluri seorang perempuan yang pantang dengar sale dan berjumpa pusat membeli- belah. Selain itu di bandar lebih banyak pusat kecantikan yang lebih tertumpu kepada perempuan.

Kesimpulan & luahan perasaan saya...


  • Fenomena yang membuatkan saya terkejut apabila kanak- kanak melayu seawal usia 4 tahun sudah berani menengking bapanya dalam bahasa inggeris iaitu " hey you!!!" yang hanya bergurau. Kalau sayalah bukan sekadar hendak menengking tetapi hendak berkata tidak dengan abah pun berfikir sejuta kali. Terkedu seketika melihat kejadian itu berlaku kerana bapanya adalah respondan saya yang baik hati dan menerima soal selidik saya dengan hati yang terbuka.

  • Hasil perkongsian pengalaman saya dengan seorang pemandu teksi yang begitu kental semangatnya untuk memartabatkan islam, dia berkata bukan sekadar tengking namun terdapat kejadian penumpang teksinya, di mana seorang anak sekitar berumur 11 tahun menendang bapanya kerana marah... Nilai apakah ini, adakah masyarakat kita yang baru sahaja berhijrah ke bandar sudah lupa asal usul mereka dan meniru gaya hidup masyarakat barat yang tidak menghormati ibu bapa. Tambah pak cik lagi, anak- anak melayu terutamanya semakin hancur dan hanyut dengan kejutan budaya. Meraka sudah pandai membeli arak tanpa rasa takut walaupun semasa mengenakan pakaian seragam sekolah. Mana tidaknya, di sekitar Sunway Pyramid arak di jual berleluasa sehingga nak muntah saya terhidu baunya. Tidak fahamlah, bukankah Malaysia ialah negara islam???.. tepuk dada tanyalah selera. Tambahnya lagi keruntuhan akhlak remaja melayu kerana kurang didikan agama, kasih sayang, serta kesibukan ibu bapa yang bergaji rendah yang harus bekerja siang dan malam untuk menampung kos hidup yang tinggi menyebabkan mereka jarang berada di rumah. Remaja yang kosong jiwanya mencari hiburan dengan meniru gaya daripada drama dan filem barat seperti mengamalkan cara hidup bebas, minum arak dan tidak menghormati ibu bapa.'

  • Apabila menjejakkan kaki ke hotel dan pusat membeli- belah untuk mencari respondan, rasa bagai berada di luar negara kerana rata- rata pekerja bukanlah berasal daripada Malaysia. Baik daripada pengurusnya sehingga penyambut tetamu. Terdetik di hati dimana anak Malaysia sebenarnya?. Masalah ini turut di kongsi bersama seorang respondan wanita berbangsa india lewat umur 40an yang menyatakan ketidakpuasan hatinya. Menurut beliau, kawasan perumahan yang di dudukinya turut sama di huni oleh pekerja asing terutamanya yang berasal daripada Bangladesh. Satu rumah boleh memuatkan sekitar belasan orang. Cuba anda bayangkan keadaan rumah itu sudah tentulah tidak serupa rumah dengan keadaan persekitarannya yang kotor dan berbau busuk. Saya turut bersimpati dengannya kerana beliau begitu tertekan dengan persekitaran rumah yang kotor dan berbau busuk. Maka " rumahku syurgaku hanya dalam mimpi sahaja". Perkara ini telah saya laporkan kepada Cik Marina. Saya percaya pihak MPSJ sedang giat menjalankan usaha bagi memastikan pembangunan dapat dinikmati oleh semua penduduk MPSJ.

  • Sungguhpun tidak dilahirkan di bandar namun saya berasa amat bersyukur kerana di kampung mempunyai nilai dan semangat kejiranan yang tidak mungkin akan diperolehi di bandar. Biarlah membesar tanpa pusat membeli- belah dan hotel yang mewah tetapi daripada segi didikan agama, akedemik dan budaya serta kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada emak dan abah melebihi semua nikmat yang ada di dunia. Biar membesar di kawasan luar bandar namun alhamdullilah semua abang serta kakak saya telah menggenggam segulung ijazah membuatkan saya juga turut mahu membalas jasa emak dan abah dengan menghadiahkan segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

  • Kesimpulannya, biar pun penat mengharungi kehidupan seharian di bandar MPSJ namun pengalaman ini cukup berharga dan tidak mungkin di perolehi di kos yang lain. Jika sebelum ini, saya melihat gejala sosial di televisyen dan majalah namun kini saya sudah melihatnya sendiri. Bandar memang di akui mempunyai persekitaran yang kondusif, selesa, infrastruktur yang lengkap namun belum tentu selamat. Kewujudan bandar ada baik dan buruknya terpulanglah kepada individu membuat penilaian dan memilih yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Seharian menjalankan kerja lapangan di kaw. MPSJ

Selamat datang ke MPSJ, " jom masuk". Gementar rasanya bila pertama kali menjejakkan kaki ke MPSJ, ragu- ragu, takut, malu dan gembira semua perasaan itu bersatu bagi menjayakan kajian ini. Malangnya sewaktu kami tiba, pegawai yang bertugas sudah keluar kerana waktu rehat. Salah kami juga, tidak pandai merancang masa. Akan tetapi, nasib kami sungguh bertuah kerana telah di aturkan satu pertemuan dengan pegawai yang bertugas pada sebelah petang dengan layanan yang begitu baik sekali.Beginilah pandangan bangunan MPSJ yang sungguh lengkap dan selesa infrastrukturnya. Bagi saya, MPSJ begitu canggih dengan pelbagai teknologi seperti pembayaran on- line maka pengguna tidak perlu membazir masa beratur panjang, ia juga dilengkapi dengan wi-fi dan mesin atm selain membuka kaunter yang banyak untuk meningkatkan keefisyenan MPSJ. Mempunyai tenaga pekerja yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa melengkapkan keefisyenannya sehingga kami tidak berasa kekok ketika berada di sana.
3 dara pingitan menjalankan kajian keefisyenan MPSJ membuktikan wanita bukan sekadar berada di dapur untuk masak tetapi wanita masa kini sudah keluar menjalankan kajian. Sungguh pembandaran telah mengubah tradisi wanita kepada lebih moden dan intelektual. Jika dahulu anak gadis tidak akan dibiarkan oleh ibu bapanya keluar jauh daripada rumah namun kini, sesuai dengan konsep dunia globalosasi dimana maklumat di hujung jari, ibu bapa kami meletakkan kepercaan yang sepenuhnya untuk menjaga diri di tempat orang dan kepercayaan itu, tidak akan pernah kami sia-siakan bak kata pepatah " biar mati anak, jangan mati adat".
Setelah penat mencari respondan di The Summit, USJ kami kembali lagi ke bangunan MPSJ untuk menyingkap 1001 rahsia. Pada mulanya, keadaan agak rumit kerana kami di pas daripada 1 pegawai ke pagawai yang lain. Tetapi akhirnya kami di selamatkan oleh Penolong Pengarah Perancang Bandar iaitu Cik Marlina.
Pelbagai masalah yang dibicarakan bersama beliau seperti kebanjiran pendatang asing, kadar rompakan yang semakin meningkat dan kesesakan lalu- lintas. Tegas beliau, setiap bandar yang sedang pesat membangun sudah pasti masalah ini juga yang akan berlaku. Biasalah " rumah mana yang tiada sampah". Namun begitu pihak MPSJ sentiasa mengharapkan maklum balas daripada pihak pengguna. Tambah Cik Marlina lagi, setiap hari pelbagai aduan yang diterima walaupun banyak yang buruk daripada yang baik. Namun begitu, sebagai seorang yang profesional beliau melihat semua aduan itu daripada perspektif yang positif di mana aduan yang banyak diterima menunjukkan penduduk di kawasan itu adalah golongan terpelajar yang mementingkan masa, keefisyenan dan layanan yang mesra. Selain itu, aduan- aduan yang diterima akan dipantau dan diperbaiki, secara tidak langsung meningkatkan mutu MPSJ.
Kami agak terkejut apabila diberitahu di MPSJ, tiada hospital kerajaan yang disediakan, hanyalah hospital seperti Colombia, SJMC, Sunway Medical Centre dan KPMC yang berperanan untuk menyelamatkan nyawa penduduk di MPSJ. Pada pendapat saya kalau begini tentu sukar bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta memerlukan kos yang tinggi, secara tidak langsung ' yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin dan terpinggir'
Walaupun MPSJ di penuhi dengan pusat membeli- belah, hotel dan industri yang banyak namun menurut Cik Marlina, guna tanah terbesar di MPSJ ialah untuk kawasan kediaman dan infrastruktur. Ini terbukti apabila kami sendiri melihat peta kawasan MPSJ namun tidak dapat membawanya pulang untuk tatapan semua.
Nak tahu tak???....

Apa pendapat Cik Marlina tentang:-

3 aspek bandar yang efisyen?

  1. Infrastruktur yang cukup dan lengkap
  2. Bandar yang selamat dan aman
  3. Toleransi antara penduduk

3 aspek bandar yang tidak efisyen?

  1. Tiada pengawalan dan pemantauan berterusan
  2. Tiada peruntukan yang cukup untuk menjalankan penambahbaikkan infrastruktur.
  3. Kemudahan yang tidak lengkap

Kaunter pembayaran pada sebelah petang sewaktu hujan, jadi tidaklah sesibuk pada waktu pagi. Di Sunway Pyramid. Kami tiba di sana sewaktu azan maghrib berkumandang. Tetapi keadaan di sini tidaklah seperti di kampung kerana apabila azan maghrib berkumandang semua berpusu- pusu masuk ke rumah dan menunaikan solat, sementara abah pula sudah pergi ke masjid untuk berjemaah. Tetapi di sini lain pula yang berlaku, sewaktu azan berkumandang, volume musik di disko dan pub- pub semakin rancak menghanyutkan anak bangsa saya. Sedih, pilu, marah , benci kerana pembangunan merosakkan nilai ketimuran. Remaja seawal 13 tahun sudah memakai pakaian yang mencolok mata, dengan rambut yang seperti terkena hujan asid. Apa nak jadi dengan mereka?, kemana hilangnya ibu bapa mereka?. Terkenangkan masa lalu, jika terlambat pulang waktu bermain pukul7, emak sudah pasti memarahi dan menarik telinga sehingga gentar untuk balik lewat lagi. Tapi kini, entahlah... hanya jauhari yang mengenal manikam...

Selepas menunaikan solat maghrib kami terus menjalankan misi mencari respondan. Kali ini buat pertama kalinya kami dipandang hina sehingga pengunjung melihat kami lebih jelek daripada remaja yang tidak cukup kain. Remaja yang sudah runtuh akhlaknya mengejek dan mangacau kami. Saya turut di marahi oleh beberapa respondan, menitis air mata bila pertama kali ditengking seperti orang yang tidak bermaruah. Ikutkan hati mahu sahaja saya membalasnya tetapi demi ingin menjaga nama baik UKM saya hanya mampu berdiam dan tersenyum...

Rakaman akhir sebelum meninggalkan Sunway Pyramid..

Monday, November 3, 2008

Pencapaian dasar kerajaan sehingga tahun 1990

Dasar Urbanisasi Negara tidak mempunyai program yang khusus dan menyeluruh maka sukar untuk mengukur dengan tepat prestasi perlaksanaannya. Dalam mengukur prestasi proses urbanisasi dua aspek di ambil kira iaitu :-

1. Penyusunan semula masyarakat
2. Pengagihan dan perseimbangan ekonomi

1) Penyusunan semula masyarakat

(i) Perlaksanaan pembangunan bandar masih lagi tertumpu di bandar-bandar utama sahaja di mana banyak peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Akibatnya bumiputera ketinggalan dalam persaingan dengan bukan bumiputera yang sememangnya telah menguasai kependudukan dan ekonomi bandar-bandar utama. Dengan ini perseimbangan kaum dalam pembahagian ekonomi dan penyusunan masyarakat masih lagi tidak tercapai.

(ii) Peningkatan penduduk di kawasan bandar telah bertambah dari 28.6% pada tahun 1970 kepada 37.5% pada tahun 1980 dan dijangka akan meningkat 44.7% pada tahun 1990. Daripada peratus pertambahan ini, bumiputera hanya bertambah sebanyak 14%.

(iii) Hasil dari penghijrahan penduduk bandar dan perluasan pengkelasan semula sempadan bandar saiz sederhana seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Taiping, penduduk bandar telah meningkat 23% lebih cepat dari penduduk luar bandar.

(iv) Strategi pembangunan bandar baru di kawasan di Lembah Kemajuan Wilayah juga didapati kurang berjaya. Peluang pekerjaan yang bukan pertanian hanya sedikit sahaja dapat diwujudkan di kawasan-kawasan bandar baru. Begitu juga dengan pertumbuhan penduduk,hingga akhir tahun 1985 penduduk bandar baru kurang 1/3 daripada penduduk bandar keseluruhannya.

(vi) Usaha UDA untuk menyusun semula masyarakat melalui program pembangunan semula, UDA telah berjaya membangunkan semula beberapa kawasan bandar seperti kawasan Bangsar Utama, kawasan Jalan Raja Abdullah dan juga kawasanTanjung Tokong dan Bukit Jambul di Pulau Pinang.

2) Pengagihan dan Perseimbangan Ekonomi

(i) Sumbangan ekonomi bandar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari 66% pada tahun 1970 kepada 70% pada tahun 1980. Pertumbuhan ini dijangka akan meningkat melebihi 70% pada dekad 90. Jelas terbukti ekonomi bandar telah memberi sumbangan besar kepada KDNK.

(ii) Sehingga akhir tahun 1988, hasil perangkaan dibuat menunjukkan bahawa hampir keseluruhan ekonomi bandar tertumpu di beberapa kawasan bandar utama seperti Butterworth dan Pasir Gudang. Ini menunjukkan pengagihan ekonomi bandar dan luar bandar tidak berlaku secara seimbang.

(iii) Secara keseluruhannya,pendapatan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera dalam sektor pembuatan, pembinaan, perniagaan, kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan masih menampakan perbezaan yang ketara. Pendapatan min bumiputera adalah lebih rendah dari pendapatan min bukan bumiputera

(iv) Ketidakseimbangan juga wujud di antara wilayah. Wilayah-wilayah yang sedia maju seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor masih mempunyai KDNK per kapita yang tinggi jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain seperti Wilayah Utara atau Wilayah Timur.

(v) Dalam hal menyeimbangi ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, proses urbanisasi telah berjaya menambah pemilikan equiti bumiputera dalam sektor koporat dari tahun 1970 - 1988 sebanyak 17% sementara bukan bumiputera sebanyak 21.7%.

Strategi kerajaan...

Tujuan strategi ini untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti. Antara strategi :-

(i) Memastikan pembangunan bandar seimbang daripada segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.

(ii) Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan, perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Ini bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.

(iii) Memastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancangan-perancangan kawasan-kawasan bandar.

(iv) Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.

(v) Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan.

Urbanisasi ^-^

Proses urbanisasi yang di rancang dan dikawal merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar.

Rasional

  • Pembangunan bandar yang seimbang merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara.
  • Pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mewujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat- pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya.
  • Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luar bandar menyertai kegiatan- kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.