CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

Penduduk MPSJ

Berdasarkan data yang telah di berikan oleh Jabatan Perancang Bandar MPSJ, jumlah penduduk daripada tahun 2000- 2010 adalah sebanyak 531 400 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18.77% terdiri daripada penduduk bandar dan 3.91% ialah penduduk pinggir bandar.
Penduduk di bandar lebih banyak daripada penduduk pinggir bandar kerana ekonomi utama atau guna tanah terbesar MPSJ adalah daripada sektor perumahan, pusat membeli- belah (infrastruktur) dan 'services'. Manakala perniagaan dan industri hanya menyumbang dalam peratus yang kecil.
Semasa kerja lapangan di jalankan pada hari sabtu yang lepas, saya melihat lambakan pekerja asing memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor hotel, kerja pembersihan dan kedai makanan. Pilu rasa hati, bagai bukan berada di negara sendiri. Bahasa Malaysia bukanlah bahasa utama, kami terpaksa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi kerana terdapat sesetengah responden wargenegara Malaysia sendiri tidak memahami bahasa Malaysia. Ketika menyusuri pusat membeli- belah sekitar MPSJ, terdetik di hati ke mana hilangnya masyarakat Malaysia?. Rupa- rupanya keluhan hati saya ini telah lama terpendam di hati beberapa responden yang terdiri daripada kelas pertengahan ke bawahan, merungut dengan masalah lambakan pekerja asing yang memenuhi bandar Sunway, USJ dan Puchon, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kehadiran warganegara daripada luar meningkatkan kadar jenayah seperti rompakan dan masalah sosial.
Setelah seharian berada di sana tiga masalah utama penduduk MPSJ telah saya kenalpasti:-
  1. Lambakan pekerja asing
  2. Masalah jenayah terutama rompakan
  3. Kesesakan lalulintas
  4. Kepadatan penduduk

Sehingga salah seorang respondan bangsa cina, menyatakan " pembangunan MPSJ memang canggih namun kemajuan, kemudahan dan canggihnya MPSJ ini hanya dapat di nikmati oleh golongan berada manakala penduduk bawahan hanya dapat melihatnya sahaja. Orang kaya bertambah senang dan selesa, manakala yang miskin bertambah susah dan sukar".

0 comments: