CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 14, 2008

BPR siasat dakwaan penguat kuasa MPSJ terima sogokan

PETALING JAYA 1 Feb. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menjalankan siasatan terhadap anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang didakwa meminta wang sogokan daripada pemilik pasar mini di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, di sini.
BPR mendapatkan kenyataan daripada semua anggota penguat kuasa MPSJ yang terbabit dalam kejadian itu, tidak ketinggalan kenyataan daripada pemilik pasar mini tersebut, Noraffendi Kamal Abdullah, 41, yang merupakan pengadu dalam kes itu.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi Selasa lalu, sekumpulan 45 anggota penguat kuasa MPSJ didakwa menyerang pasar mini milik Noraffendi. Anak lelaki serta seorang pekerjanya turut tercedera.
Noraffendi turut mendakwa anggota penguat kuasa itu merampas 18 biji tong gas dan beberapa unit telefon bimbit selepas merosakkan barang-barang di dalam pasar mininya.
Kejadian itu didakwa berpunca daripada keengganan Noraffendi membayar wang perlindungan RM500 kepada anggota penguat kuasa terlibat sejak dua bulan lalu.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Hussin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut berhubung siasatan BPR itu.
Noraffendi yang ditemui kemudian berkata, keterangannya hari ini kepada dua pegawai BPR adalah yang kedua dibuatnya selepas kali pertama pada hari kejadian.

0 comments: