CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 14, 2008

Manfaatkan kemudahan di Kompleks 3C MPSJ

SUBANG JAYA 14 Julai - Kerajaan negeri Selangor mengharapkan penduduk dapat menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disediakan di Kompleks Perkembangan Kanak-Kanak (Kompleks 3C) milik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liew berkata, kerajaan negeri tidak mahu projek itu menjadi projek gajah putih yang tidak membawa manfaat kepada orang ramai.

Menurutnya, pelbagai kemudahan disediakan di kompleks contohnya zoo mini, tapak perkhemahan, auditorium, pusat pembelajaran, bengkel dan galeri seni yang boleh digunakan.
Beberapa kemudahan juga perlu diubah suai bagi menempatkan beberapa lagi pusat pembelajaran dan juga perpustakaan. Bagi suri rumah pula boleh menambah pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus pendek yang ditawarkan di kompleks itu pada setiap hari Sabtu.
Tujuan utama Kompleks 3C dibangunkan bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula dari zaman kanak-kanak lagi, yang mana ia menyediakan aktiviti dan program yang boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak yang tidak terdapat di mana-mana tadika dan taman bimbingan kanak-kanak yang lain.

0 comments: