CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 27, 2008

lokasi taman permainan tidak efisyen. Adakah ia projek yang sekadar tangkap muat?

SUBANG JAYA 7 April - Dalam membentuk modal insan yang terbaik, kecergasan mental dan fizikal adalah sama penting dan kedua-dua faktor itu perlu dibentuk sejak dari kecil lagi.
Menyedari perkara itu, kerajaan mewajibkan setiap pemaju supaya mewujudkan kawasan lapang dan taman permainan di setiap taman perumahan sebagai tambahan kepada taman-taman awam yang disediakan di beberapa tempat.

  • Fungsi: Lokasi pembentukan fizikal yang sihat dan aktiviti sosial yang lain.

Akan tetapi, sikap yang sekadar tangkap muat ini boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak- kanak seperti dalam kes Sharlinie Mohd. Nashar dan Muhamad Asmawi Jalaludin yang masih belum dijumpai sehingga hari ini.

Kenapa projek ini mendapat bantahan hebat daripada penduduk?

  • Ia menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan ibu bapa kerana terletak berdekatan dengan jalan utama dan boleh memudahkan berlakunya kes penculikan. Ia juga terpinggir dari kawasan perumahan di samping kehadiran ramai warga asing di situ pada sebelah petang.
  • Walaupun mendapat bantahan daripada sebahagian penduduk USJ 22, projek padang permainan berkenaan tetap diteruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
    Tambahan pula, Pangsapuri Flaville yang terletak bersebelahan sudah mempunyai padang permainan sendiri dan langkah MPSJ itu dilihat sebagai tindakan yang agak ganjil.
  • Kebanyakan penduduk di situ mahukan padang permainan bagi USJ 22 itu dipindahkan ke satu tapak lain yang lebih strategik dan selamat. Tapak yang dimaksudkan hanya terletak beberapa meter sahaja daripada lokasi perumahan mereka dan dipisahkan dengan tanah perkuburan.
  • Surat aduan telah dihantar namun jawapan yang diterima daripada MPSJ memaklumkan bahawa projek tidak boleh ditarik balik kerana surat kontrak dan tawaran telah dikeluarkan kepada kontraktor.
  • Penduduk kesal dengan sikap pihak MPSJ tidak memantau sepenuhnya dahulu kawasan ini sebelum meluluskan projek padang permainan tersebut.
  • Selain itu, faktor muka bumi yang curam dan tidak rata menambahkan lagi faktor bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi.
  • Katanya, MPSJ tidak seharusnya hanya mahu melepaskan tanggungjawab membina padang permainan tetapi juga perlu mengambil kira faktor keselamatan dan kesesuaian lokasi.
  • Pembinaan taman permainan itu juga menyebabkan longkang berhampiran terpaksa ditimbus untuk dijadikan laluan jalan masuk. Ia ternyata boleh menjejaskan saliran longkang berhampiran Apartmen Flaville dan boleh menyebabkan banjir kilat. Sepatutnya longkang itu tidak ditimbus semata-mata untuk membuat jalan masuk kerana banyak cara lain yang boleh digunakan.
  • Katanya, masih belum terlambat untuk MPSJ memindahkan lokasi taman permainan itu kerana projek itu masih belum siap sepenuhnya.

0 comments: