CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 21, 2008

MPSJ perkenal skim pinjaman mudah jelas tunggakan cukai

SUBANG JAYA 2 Dis. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan pembayar-pembayar cukai yang mempunyai jumlah tunggakan yang besar menjelaskan cukai mereka kepada pihak Majlis sama ada secara terus atau ansuran.
Contohnya: terdapat individu yang mempunyai tunggakan sebanyak RM3,000 hingga RM6,000, maka melalui skim ini, pembayar cukai boleh membuat pinjaman dengan pihak bank supaya dapat melunaskan tunggakan kepada MPSJ. Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan sistem itu.
Menurut Adnan, MPSJ sudah memulakan operasi sita pada 15 November lalu dan akan meneruskannya sepanjang Disember ini bagi mencapai sasaran kutipan cukai tertunggak pada tahap 90 peratus.
Sehingga 31 Oktober yang lalu, MPSJ berjaya mengutip 75 peratus tunggakan iaitu melebihi tahap yang ditetapkan kerajaan negeri berjumlah RM21 juta daripada RM27 juta nilai tunggakan.
Tambahnya, sebanyak 85 peratus atau RM114 juta cukai berjaya dikutip daripada nilai keseluruhannya sebanyak RM134 juta.

0 comments: