SUBANG JAYA 7 Julai - Bagi menyahut saranan kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menjadikan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai PBT angkat bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dalam meningkat mutu kerja.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pendekatan tersebut dilaksanakan bagi membantu PBT berkenaan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Hulu Selangor.
Menurutnya, MPSJ sedia untuk berkongsi kepakaran serta cara kerja mereka sekiranya dapat membantu MDHS menjadi PBT yang cemerlang.
Antara usaha yang dijalankan :-
- Mengadakan beberapa program dan kursus bersama-sama dengan kakitangan MDHS untuk berkongsi kepakaran masing-masing.
- Menghantar pegawai-pegawai ke MDHS untuk berkongsi kepakaran.
Kenapa MHDS gagal dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduknya ?...
- Sikap sesetangah penduduk yang enggan membayar cukai. Sikap negatif ini bukan hanya menyukarkan MDSH untuk membangunkan kawasan tetapi penduduk di daerah ini juga akan ketinggalan jauh daripada keefisyenan bandar. Sepatutnya penduduk dan majlis haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagi memajukan kawasan mereka.