CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 21, 2008

Utusan Malaysia (ARKIB 12/08/2008)

Tapak pelupusan haram: MPSJ akan bertindak
SUBANG JAYA Pemilik tapak pelupusan sampah haram di Bukit Lanchong dekat Puchong yang telah berlarutan sejak beberapa tahun akan dikenakan tindakan jika tidak dibersihkan.Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Mohd. Ikhsan berkata, pemilik tapak itu sudah diberi notis sebulan yang lalu supaya membersihkan kawasan tersebut.
"Kita sudah beri notis dan jika kawasan itu masih di tahap yang sama seperti sebelum ini, MPSJ akan mengambil alih kawasan itu untuk tujuan pembersihan," katanya selepas melancarkan majlis menanam 51 batang Pokok Keamanan di sini.
Beliau menambah, MPSJ juga akan mohon kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih kawasan tersebut untuk dimajukan.
"Kami memberi peluang kepada pemilik tanah dengan memberi notis dan sekiranya pemilik tanah itu berdegil, kami terpaksa mengambil tindakan.
"Pegawai kami akan turun dan melihat sendiri perkembangan di kawasan itu dan kami akan bertindak bergantung pada kesesuaian keadaan,'' tambah beliau.
Sementara itu, MPSJ menjadi pihak berkuasa tempatan yang pertama dipilih untuk menanam 51 batang pokok sebagai simbol keamanan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-51.

0 comments: