CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 21, 2008

Di petik daripada Utusan Malaysia (ARKIB 09/09/2008)

Tambah baik transit awam secara menyeluruh

  • Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam perlu mengambil kira pendekatan yang lebih menyeluruh. Pemanjangan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya ke Subang Jaya, dan laluan Kota Damansara ke Cheras tidak menjamin masalah pengangkutan awam di Lembah Klang dapat diselesaikan. Ini kerana penanda aras kualiti pengangkutan awam bergantung kepada kecekapan, keselesaan dan keselarasan keseluruhan kenderaan pengangkutan awam yang sedia ada. Pengagihan peruntukan penambahbaikan transit awam harus mengambil kira bukan sahaja keperluan 7 juta penduduk Lembah Klang yang kebanyakannya berada di luar kawasan jajaran LRT, malah keperluan bandar raya lain yang sesak seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang.
  • Pembinaan transit awam menggunakan rel tidak semestinya akan menambahkan penggunaan transit awam. Tanpa sokongan sistem laluan bas aliran deras (BRT atau busway rapid transit), jajaran kereta api KTM Komuter, KL Monorel, PUTRA dan STAR LRT yang sedia ada di kawasan bandar raya Kuala Lumpur hanya dapat meliputi 10 peratus penduduk dan pekerja yang berada berhampiran dengan stesen perhentian kereta api.
  • Sistem BRT yang melalui stesen LRT perlu diberi keutamaan dengan lorong bas khas yang berterusan dan dilengkapi dengan lampu isyarat khas sekitar jalan lebar di dalam pusat bandar supaya capaian LRT yang sedia ada dapat diperluaskan dan menambah baik perkhidmatan KTM Komuter supaya perjalanan penumpang menjadi mudah, kerap dan selesa.
  • Setiap tren mampu memanfaatkan 8 gerabak, jumlah maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu platform. Dengan pengubahsuaian pada trek dan lampu isyarat, perkhidmatan tren Komuter mampu dikerapkan kepada setiap 5 minit, dan laluan ekspres boleh diperkenalkan supaya masa perjalanan dari KL ke Shah Alam dipendekkan kepada 25 minit.
  • Perkhidmatan kereta api laju ERL untuk laluan KL-Bandar Tasik Selatan-Serdang wajar dibuka kepada orang ramai dengan harga tambang yang lebih rendah bagi mengurangkan bebanan laluan tren Komuter Rawang-Seremban- cadangan transit deras awam bertaraf dunia berkos rendah namun berkualiti tinggi.
  • MeyakinkanSistem bas RapidKL dan Rapid Penang gagal meyakinkan orang ramai menggunakan bas kerana corak perjalanan bas merumitkan dan meletihkan. Tambahan pula, laluan yang digunakan dihalang oleh kesesakan trafik sedia ada. Stesen KL Sentral pula tidak dapat berfungsi sebagai hab transit awam yang cekap kerana jaringan jalan raya persekitaran yang sesak dan rumit.
  • Penyelesaian yang paling mudah ialah dengan membina susur masuk dan keluar khas dari terminal bas di KL Sentral terus ke Jalan Travers (dan seterusnya Lebuhraya Mahameru, NKVE dan SPRINT). Terminal dengan susur masuk dan keluar khas juga wajar dibina di Pasar Rakyat yang berdekatan dengan monorel dan susur masuk Lebuhraya KL-Putrajaya, di stesen Dang Wangi yang mejadi pintu masuk ke Lebuhraya Bertingkat KL-Ampang, di Stesen Abdullah Hukum dan MidValley yang mempunyai capaian mudah ke susur masuk SPRINT di Kerinchi dan susur masuk Lebuhraya Pantai, dan di Stesen Sentul Timur yang berdekatan dengan lebuh raya DUKE.
  • Kesemua terminal ini merupakan hab gerbang masuk bandar raya paling praktikal bagi bas antara bandar dari kawasan sekitar Lembah Klang yang dihubungkan dengan lebuh raya seperti Kajang, Ampang, Gombak, Sungai Buloh, Damansara, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong dan Cheras.
  • Semasa waktu puncak, tender boleh ditawarkan kepada syarikat bas ekspres dua tingkat yang sedia ada. Penguatkuasaan polis serta laluan dan lampu isyarat khas perlu diadakan untuk memudahkan bas antara bandar dan kenderaan kecemasan meredah kesesakan lalu lintas.
  • Kerana ketidakcukupan tanah, terminal bas antara bandar sesuai dibina di atas lebuh raya dan di lokasi strategik bersebelahan dengan terminal bas henti-henti yang berada dalam kawasan perumahan.
  • Laluan bas henti-henti di kawasan perumahan dipermudahkan agar pengguna bas dapat sampai ke terminal bas antara bandar tidak lebih 10 minit, dan laluan serta perhentian bas dihadkan dalam jalan persiaran yang mempunyai capaian tidak lebih dari 10 minit berjalan kaki dari kawasan perumahan sekeliling.
  • Badan Berkuasa Pengangkutan Awam yang bakal ditubuhkan perlu menyepadukan seluruh perkhidmatan transit awam perbandaran di bawah satu entiti yang menawarkan sistem perjalanan dan tambang yang sepadu dan seragam.

0 comments: