CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 21, 2008

Utusan Malaysia (ARKIB 13/09/08)

Letak kereta percuma untuk OKU di MPSJ
SUBANG JAYA- Orang kurang upaya (OKU) yang menetap di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini boleh meletakkan kenderaan mereka di mana-mana petak letak kereta pihak berkuasa tempatan itu dengan percuma. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mendapatkan pelekat khas untuk tujuan itu daripada MPSJ. Selain itu, mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling.
Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, daripada 298 OKU yang layak, hanya 23 orang sahaja yang telah mendapatkan pelekat khas itu setakat ini.
Sehubungan itu, beliau meminta OKU di Subang Jaya supaya menggunakan kemudahan tersebut, yang pada masa ini sangat rendah jumlahnya yang mendaftar. Katanya, bagi yang belum mendaftar dengan JKM, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kad pendaftaran dan membawa kad itu untuk mendapatkan pelekat tersebut dengan percuma.
"Kemudahan ini sudah lama diperkenalkan iaitu sejak 2006 tetapi ramai yang tidak menggunakannya, mungkin kerana mereka tidak tahu adanya kemudahan ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pihaknya telah memperluaskan kemudahan dan menawarkan banyak perkhidmatan untuk OKU.
Antaranya, kata beliau ialah menyediakan ruang khas untuk mereka di bangunan MPSJ, laluan khas yang berbumbung, kemudahan kerusi roda serta tandas, kaunter bayaran di kafeteria dan lif yang mesra OKU.
"Projek komersial yang baru di kawasan Subang Jaya juga disyaratkan supaya mempunyai kemudahan untuk OKU. Kita juga memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan," katanya.
Adnan berkata, segala kemudahan itu telah membolehkan MPSJ bebas daripada sebarang aduan yang berkaitan dengan kemudahan OKU pada sepanjang tahun lepas.

0 comments: