CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

Hulu Selangor kini PBT angkat Subang Jaya ^-^


SUBANG JAYA 7 Julai - Bagi menyahut saranan kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menjadikan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai PBT angkat bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dalam meningkat mutu kerja.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pendekatan tersebut dilaksanakan bagi membantu PBT berkenaan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Hulu Selangor.
Menurutnya, MPSJ sedia untuk berkongsi kepakaran serta cara kerja mereka sekiranya dapat membantu MDHS menjadi PBT yang cemerlang.

Antara usaha yang dijalankan :-

  1. Mengadakan beberapa program dan kursus bersama-sama dengan kakitangan MDHS untuk berkongsi kepakaran masing-masing.
  2. Menghantar pegawai-pegawai ke MDHS untuk berkongsi kepakaran.

Kenapa MHDS gagal dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduknya ?...

  • Sikap sesetangah penduduk yang enggan membayar cukai. Sikap negatif ini bukan hanya menyukarkan MDSH untuk membangunkan kawasan tetapi penduduk di daerah ini juga akan ketinggalan jauh daripada keefisyenan bandar. Sepatutnya penduduk dan majlis haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagi memajukan kawasan mereka.

Monday, October 27, 2008

MPSJ pemenang Anugerah Bandar Lestari sempena Anugerah Alam Sekitar 2007

Faktor kemenangan (MPSJ) kerana ia telah dapat mengintegrasikan unsur-unsur alam sekitar dalam perancangan, operasi dan pentadbirannya.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) sejak tahun 2003 itu diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Bagi saya MPSJ wajar memenangi anugerah ini kerana walaupun lebih dikenali sebagai 'bandar elit' yang tersergam bangunan mewah dan ternama namun di sepanjang perjalanan di tanam dengan pelbagai tumbuhan.


Pelbagai anugerah dan penghormatan perlu diperbanyakkan dalam usaha memelihara alam sekitar agar pihak- pihak PBT, badan kerajaan mahupun NGO akan berusaha ke arah mengintegrasi unsur- unsur alam sekitar dalam setiap perancangan, pentadbiran dan operasinya. Diharap anugerah ini dapat meningkatkan semangat MPSJ untuk meningkatkan usahanya dan dapat memenanginya lagi pada tahun- tahun akan datang.

lokasi taman permainan tidak efisyen. Adakah ia projek yang sekadar tangkap muat?

SUBANG JAYA 7 April - Dalam membentuk modal insan yang terbaik, kecergasan mental dan fizikal adalah sama penting dan kedua-dua faktor itu perlu dibentuk sejak dari kecil lagi.
Menyedari perkara itu, kerajaan mewajibkan setiap pemaju supaya mewujudkan kawasan lapang dan taman permainan di setiap taman perumahan sebagai tambahan kepada taman-taman awam yang disediakan di beberapa tempat.

  • Fungsi: Lokasi pembentukan fizikal yang sihat dan aktiviti sosial yang lain.

Akan tetapi, sikap yang sekadar tangkap muat ini boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak- kanak seperti dalam kes Sharlinie Mohd. Nashar dan Muhamad Asmawi Jalaludin yang masih belum dijumpai sehingga hari ini.

Kenapa projek ini mendapat bantahan hebat daripada penduduk?

  • Ia menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan ibu bapa kerana terletak berdekatan dengan jalan utama dan boleh memudahkan berlakunya kes penculikan. Ia juga terpinggir dari kawasan perumahan di samping kehadiran ramai warga asing di situ pada sebelah petang.
  • Walaupun mendapat bantahan daripada sebahagian penduduk USJ 22, projek padang permainan berkenaan tetap diteruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
    Tambahan pula, Pangsapuri Flaville yang terletak bersebelahan sudah mempunyai padang permainan sendiri dan langkah MPSJ itu dilihat sebagai tindakan yang agak ganjil.
  • Kebanyakan penduduk di situ mahukan padang permainan bagi USJ 22 itu dipindahkan ke satu tapak lain yang lebih strategik dan selamat. Tapak yang dimaksudkan hanya terletak beberapa meter sahaja daripada lokasi perumahan mereka dan dipisahkan dengan tanah perkuburan.
  • Surat aduan telah dihantar namun jawapan yang diterima daripada MPSJ memaklumkan bahawa projek tidak boleh ditarik balik kerana surat kontrak dan tawaran telah dikeluarkan kepada kontraktor.
  • Penduduk kesal dengan sikap pihak MPSJ tidak memantau sepenuhnya dahulu kawasan ini sebelum meluluskan projek padang permainan tersebut.
  • Selain itu, faktor muka bumi yang curam dan tidak rata menambahkan lagi faktor bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi.
  • Katanya, MPSJ tidak seharusnya hanya mahu melepaskan tanggungjawab membina padang permainan tetapi juga perlu mengambil kira faktor keselamatan dan kesesuaian lokasi.
  • Pembinaan taman permainan itu juga menyebabkan longkang berhampiran terpaksa ditimbus untuk dijadikan laluan jalan masuk. Ia ternyata boleh menjejaskan saliran longkang berhampiran Apartmen Flaville dan boleh menyebabkan banjir kilat. Sepatutnya longkang itu tidak ditimbus semata-mata untuk membuat jalan masuk kerana banyak cara lain yang boleh digunakan.
  • Katanya, masih belum terlambat untuk MPSJ memindahkan lokasi taman permainan itu kerana projek itu masih belum siap sepenuhnya.

Tuesday, October 21, 2008

Selangor permudah pemberian lesen penjaja

Penjajaan sedang di jalankan bagi meneruskan kehidupan


SUBANG JAYA 13 April – Cara pemberian lesen kepada penjaja-penjaja bakal dipermudahkan manakala lebih banyak pasar pagi dan malam bakal dibuka di negeri Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan:-



  1. Membantu golongan berpendapatan rendah berniaga secara sah tanpa sebarang masalah.

  2. Menjana ekonomi penduduk setempat dengan menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang perniagaan.‘‘Slogan mesra, cekap dan berintegriti harus menjadi pegangan kepada semua pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas mereka kepada rakyat negeri Selangor,’’ katanya.

Beberapa langkah yang diambil oleh MPSJ wajar dipuji seperti membuka kaunter bersepadu bagi memudahkan pelanggan berurusan.
“Ini melambangkan MPSJ telah menyahut cabaran kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan dasar No Wrong Door Policy iaitu menetapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” tambahnya lagi.

MPSJ perkenal skim pinjaman mudah jelas tunggakan cukai

SUBANG JAYA 2 Dis. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan pembayar-pembayar cukai yang mempunyai jumlah tunggakan yang besar menjelaskan cukai mereka kepada pihak Majlis sama ada secara terus atau ansuran.
Contohnya: terdapat individu yang mempunyai tunggakan sebanyak RM3,000 hingga RM6,000, maka melalui skim ini, pembayar cukai boleh membuat pinjaman dengan pihak bank supaya dapat melunaskan tunggakan kepada MPSJ. Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan sistem itu.
Menurut Adnan, MPSJ sudah memulakan operasi sita pada 15 November lalu dan akan meneruskannya sepanjang Disember ini bagi mencapai sasaran kutipan cukai tertunggak pada tahap 90 peratus.
Sehingga 31 Oktober yang lalu, MPSJ berjaya mengutip 75 peratus tunggakan iaitu melebihi tahap yang ditetapkan kerajaan negeri berjumlah RM21 juta daripada RM27 juta nilai tunggakan.
Tambahnya, sebanyak 85 peratus atau RM114 juta cukai berjaya dikutip daripada nilai keseluruhannya sebanyak RM134 juta.

Sunday, October 19, 2008


Terdapat 23 langkah pencegahan jenayah sebagaimana terkandung dalam Program Bandar Selamat KPKT.

  • Antara beberapa langkah pencegahan yang telah di ambil:-
  1. Pengasingan laluan pejalan kaki daripada jalan bermotor
  2. Penyelidikan pencegahan jenayah
  3. Perkongsian maklumat jenayah melalui Gis- Based Mapping
  4. Penyemakan garis panduan susun atur perumahan
  5. Pondok polis
  6. Papan tanda peringatan jenayah
  7. Cermin keselamatan
  8. Tempat letak motosikal berkunci
  9. Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan
  10. Laluan awam tidak terlindung atau menghalang pandangan awam
  11. Mencahayakan kawasan- kawasan yang menjadi sasaran
  12. Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan pejalan kaki
  13. Menjanakan pelbagai aktiviti perniagaan
  14. Pendidikan
  15. Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta
  16. Pemasangan lampu di lorong tepi, depan, dan belakang rumah
  17. Menyediakan risalah jenayah oleh komuniti
  18. Meningkatkan rondaan kawasan perumahan
  • Sedang di ambil
  1. Pemasangan kamera litar tertutup (cctv)
  • Akan di ambil
  1. Penggera keselamatan

Penduduk MPSJ

Berdasarkan data yang telah di berikan oleh Jabatan Perancang Bandar MPSJ, jumlah penduduk daripada tahun 2000- 2010 adalah sebanyak 531 400 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18.77% terdiri daripada penduduk bandar dan 3.91% ialah penduduk pinggir bandar.
Penduduk di bandar lebih banyak daripada penduduk pinggir bandar kerana ekonomi utama atau guna tanah terbesar MPSJ adalah daripada sektor perumahan, pusat membeli- belah (infrastruktur) dan 'services'. Manakala perniagaan dan industri hanya menyumbang dalam peratus yang kecil.
Semasa kerja lapangan di jalankan pada hari sabtu yang lepas, saya melihat lambakan pekerja asing memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor hotel, kerja pembersihan dan kedai makanan. Pilu rasa hati, bagai bukan berada di negara sendiri. Bahasa Malaysia bukanlah bahasa utama, kami terpaksa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi kerana terdapat sesetengah responden wargenegara Malaysia sendiri tidak memahami bahasa Malaysia. Ketika menyusuri pusat membeli- belah sekitar MPSJ, terdetik di hati ke mana hilangnya masyarakat Malaysia?. Rupa- rupanya keluhan hati saya ini telah lama terpendam di hati beberapa responden yang terdiri daripada kelas pertengahan ke bawahan, merungut dengan masalah lambakan pekerja asing yang memenuhi bandar Sunway, USJ dan Puchon, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kehadiran warganegara daripada luar meningkatkan kadar jenayah seperti rompakan dan masalah sosial.
Setelah seharian berada di sana tiga masalah utama penduduk MPSJ telah saya kenalpasti:-
  1. Lambakan pekerja asing
  2. Masalah jenayah terutama rompakan
  3. Kesesakan lalulintas
  4. Kepadatan penduduk

Sehingga salah seorang respondan bangsa cina, menyatakan " pembangunan MPSJ memang canggih namun kemajuan, kemudahan dan canggihnya MPSJ ini hanya dapat di nikmati oleh golongan berada manakala penduduk bawahan hanya dapat melihatnya sahaja. Orang kaya bertambah senang dan selesa, manakala yang miskin bertambah susah dan sukar".