Tuesday, September 30, 2008
Tuesday, September 23, 2008
Local Agenda 21
- Local Agenda 21 di MPSJ sebenarnya telah lama diterapkan di dalam pengurusan MPSJ iaitu semenjak tahun penubuhannya pada tahun 1997. Telah banyak program-program yang diatur melibatkan hubungan 2 hala antara pihak MPSJ dan penduduk-penduduk di kawasan pentadbiran MPSJ. Namun begitu istilah LA 21 mula digunakan secara rasmi pada pada tahun 2002.
- Wawasan Masyarakat
Menjayakan program-program Local Agenda 21 bagi membangunkan MPSJ sebagai sebuah perbandaran bestari dan mampan. - Memastikan MPSJ menjadi sebuah agensi kerajaan yang sentiasa telus dan mesra rakyat.
Memastikan masyarakat setempat MPSJ sentiasa hidup di dalam keadaan selesa, aman dan harmoni. - Perkongsian pengalaman dan pendapat secara dua hala dengan bandar-bandar di negara-negara maju bagi meningkatkan program-program Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
- Menerapkan penggunaan ICT dan konsep e-Governmernt di dalam menggalakkan pentadbiran yang lebih telus dan mesra rakyat.
Menghasilkan satu generasi pelapis yang boleh meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat menerusi program-program Local Agenda MPSJ.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 12:41 PM 0 comments
Program Pembangunan Mampan dan Lical Agenda 21 MPSJ
Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat
- Program Pembangunan Jawatankuasa Penduduk (JKP MPSJ)Program yang bertujuan menggerakkan masyarakat melalui penubuhan jawatankuasa penduduk di kawasan kejiranan yang mampu menjadi penghubung di antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan disamping bekerjasama di dalam penganjuran pelbagai program kemasyarakatan.Selaras dengan hasrat untuk mencapai taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) maju yang mempunyai ciri-ciri "World Class", MPSJ perlu bergerak bersama-sama dengan penduduk sebagai satu pasukan. Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ telah ditubuhkan mengikut bahagian yang terdiri daripada 24 sub zon yang mewakili kira-kira 470,000 orang penduduk diseluruh kawasan Perbandaran MPSJ, meliputi Zon Subang, Zon Kinrara, Zon Sri Serdang dan Zon Seri Kembangan dengan keluasan 161.8 km. Jawatankuasa Penduduk MPSJ telah ditubuh dan dirasmikan pada 10 Februari 2001 oleh Menteri Besar Selangor.
- Program Masyarakat Berinformasi.Portal JKP MPSJ dibangunkan khas bagi menggalakkan Masyarakat untuk celik IT disamping menyalurkan pelbagai informasi bagi kegunaan masyarakat setempat .
- Peta Pembahagian Kawasan Zon-Zon JKP MPSJ :
Subang - Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Zon 5
Kinrara - Zon 6 Zon 7 Zon 8 Zon 9 Zon 10 Zon 11
Sri Serdang - Zon 12 Zon 13 Zon 14 Zon 15 Zon 16 Zon 17 Zon 18 Zon 19 Zon 20
Seri kembangan - Zon 21 Zon 22 Zon 23 Zon 24
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 12:36 PM 0 comments
Fungsi PBT
Antara fungsi PBT di peringkat tempatan:-
- Memproses permohonan pelan pembangunan yang dikemukankan.
- Mengawal aktiviti pembangunan guna tanah melalui pemakaian akta dan garis panduan.
- Mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan yang terperinci terhadap pembangunan.
- Menyelaraskan pelaksanaan dasar dan strategi rancangan pemajuan yang diwartakan.
- Menjalankan kajian dan kajiselidik perancangan pembangunan.
- Menyelaraskan dasar dan polisi PBT berhubung dengan pembangunan.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 12:22 PM 0 comments
MPSJ
- Kami prihatin dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berterusan dari segi khidmat perbandaran, penjagaan landskap dan taman permainan, percukaian taksiran dan lain-lain kutipan hasil, penguatkuasaan undang-undang, penyelenggaraan infrastruktur, kelulusan perancangnan dan pelan bangunan, pembangunan kemudahan dan pusat-pusat rekreasi serta lain-lain khidmat pengurusan dan kemasyarakatan kepada seluruh pelanggan dan penduduk setempat dengan kadar yang cepat dan cekap, adil, berkesan dan konsisten
- MISI JABATAN
Untuk Memastikan MPSJ menawarkan perkhidmatan terbaik dalam usaha melatakkannya sebagai perbandaran bestari yang cantik, bersih dan selesa bagi melicinkan aktiviti perniagaan, perindustrian dan kediaman. - VISI JABATAN
Untuk menjadi Majlis Perbandaran yang terunggul di Malaysia, yang mencapai tahap ciri-ciri ‘World Class’ dengan mewujudkan Perbandaran Bestari, Kota Niaga, Kediaman Idaman.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 12:04 PM 0 comments
Sunday, September 21, 2008
Utusan Malaysia (ARKIB 12/08/2008)
Tapak pelupusan haram: MPSJ akan bertindak
SUBANG JAYA Pemilik tapak pelupusan sampah haram di Bukit Lanchong dekat Puchong yang telah berlarutan sejak beberapa tahun akan dikenakan tindakan jika tidak dibersihkan.Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Mohd. Ikhsan berkata, pemilik tapak itu sudah diberi notis sebulan yang lalu supaya membersihkan kawasan tersebut.
"Kita sudah beri notis dan jika kawasan itu masih di tahap yang sama seperti sebelum ini, MPSJ akan mengambil alih kawasan itu untuk tujuan pembersihan," katanya selepas melancarkan majlis menanam 51 batang Pokok Keamanan di sini.
Beliau menambah, MPSJ juga akan mohon kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih kawasan tersebut untuk dimajukan.
"Kami memberi peluang kepada pemilik tanah dengan memberi notis dan sekiranya pemilik tanah itu berdegil, kami terpaksa mengambil tindakan.
"Pegawai kami akan turun dan melihat sendiri perkembangan di kawasan itu dan kami akan bertindak bergantung pada kesesuaian keadaan,'' tambah beliau.
Sementara itu, MPSJ menjadi pihak berkuasa tempatan yang pertama dipilih untuk menanam 51 batang pokok sebagai simbol keamanan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-51.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 10:41 AM 0 comments



