Letak kereta percuma untuk OKU di MPSJ
SUBANG JAYA- Orang kurang upaya (OKU) yang menetap di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini boleh meletakkan kenderaan mereka di mana-mana petak letak kereta pihak berkuasa tempatan itu dengan percuma. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mendapatkan pelekat khas untuk tujuan itu daripada MPSJ. Selain itu, mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling.
Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, daripada 298 OKU yang layak, hanya 23 orang sahaja yang telah mendapatkan pelekat khas itu setakat ini.
Sehubungan itu, beliau meminta OKU di Subang Jaya supaya menggunakan kemudahan tersebut, yang pada masa ini sangat rendah jumlahnya yang mendaftar. Katanya, bagi yang belum mendaftar dengan JKM, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kad pendaftaran dan membawa kad itu untuk mendapatkan pelekat tersebut dengan percuma.
"Kemudahan ini sudah lama diperkenalkan iaitu sejak 2006 tetapi ramai yang tidak menggunakannya, mungkin kerana mereka tidak tahu adanya kemudahan ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pihaknya telah memperluaskan kemudahan dan menawarkan banyak perkhidmatan untuk OKU.
Antaranya, kata beliau ialah menyediakan ruang khas untuk mereka di bangunan MPSJ, laluan khas yang berbumbung, kemudahan kerusi roda serta tandas, kaunter bayaran di kafeteria dan lif yang mesra OKU.
"Projek komersial yang baru di kawasan Subang Jaya juga disyaratkan supaya mempunyai kemudahan untuk OKU. Kita juga memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan," katanya.
Adnan berkata, segala kemudahan itu telah membolehkan MPSJ bebas daripada sebarang aduan yang berkaitan dengan kemudahan OKU pada sepanjang tahun lepas.
Sunday, September 21, 2008
Utusan Malaysia (ARKIB 13/09/08)
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 10:22 AM 0 comments
Teori Mac Gee

Berdasarkan teori Mc Gee (1971), terdapat 3 teori yang dapat dirumuskan:-
- Teori demografi yang melihat peralihan penduduk daripada luar bandar ke bandar.
- Teori yang menganggap bandar sebagai faktor pendorong ekonomi kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.

- Bandar sebagai pencetus perubahan sosial.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 10:05 AM 0 comments
Teori ekologi- sosial bandar (The Chicago Scholl)
- Tokoh utama: Park, Burgess & Mc Kenzie
- Pada tahun 1925, E.W Burgess membentuk model ini di mana wilayah- wilayah sosial dengan ciri- ciri sosial dan ekonomi bandar tersusun menyerupai bentuk lingkaran bertingkat yang mengelilingi pusat.
- Maka dapat disimpulkan- semakin dekat tanah dengan pusat bandar, semakin mahal harganya dan begitulah sebaliknya.
- Selepas teori ini di ajukan kepada Sherky & Bell ( akhir 1950 & awal 1960) ia dinamakan "analisis wilayah sosial".
- Jelas menunjukkan bahawa struktur wilayah bandar dapat diterangkan dalam 3 perkara utama:-
- Status sosial
- Pembahagian etnik
- Budaya kota
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 9:35 AM 0 comments
Monday, July 14, 2008
haluuuuu...
Dewasa ini, kita sering mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah atau pemimpin yang sepatutnya menjaga bumi. Akibat kerakusan manusia yang berlumba-lumba untuk mengejar status negara maju, hutan, flora dan fauna terpaksa dikorban sehingga menyebabkan bencana alam seperti kemarau dan banjir. Tiada salahnya berlumba-lumba untuk menbangunkan bandar tetapi perancangan yang tidak efisyen dan sikap segelintir Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal membangunkan bandar sejajar dengan konsep pembangunan lestari atau lebih dikenali sebagai "sustainable development". Diharap kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada kami untuk mengaplikasikan segala ilmu yang dicurahkan agar dapat digunakan untuk membina bandar efisyen yang dapat dinikmati bukan sahaja generasi pada hari ini malahan generasi masa hadapan. Dibawah ini, saya paparkan beberapa gambar akibat pembangunan bandar yang tidak efisyen.

Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 7:46 AM 0 comments

