Friday, January 23, 2009
Thursday, November 20, 2008
Kriteria untuk menguji tahap keefisienan bandar
- Ekonomi bandar
- Kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial
- Infrastruktur dan utiliti
- Rekabentuk, imej dan landskap bandar
- Pengangkutan & perhubungan
- Perdagangan/ Perkhidmatan
- Perkilangan & perindustrian
- Pelancongan & budaya
- Perumahan
- Keselamatan & kawalan
- Governans
- Alam sekitar
- Perkhidmatan secara online/ governans
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 9:30 AM 0 comments
Antara kesimpulan respondan tentang keseluruhan keefisienan bandar...
- Lengkap daripada semua aspek namun perlukan sedikit perubahan dimana hiburan malam perlu di kurangkan kerana ia akan meningkatkan kadar gejala sosial atau jenayah sosial
- Merupakan bandar yang lengkap dan bagus namun kadar pendatang asing yang menetap di sini perlu di kurangkan.
- Hospital kerajaan tiada menyukarkan penduduk berpendapatan rendah.
- Perkhidmatan dan layanan yang baik, di lengkapi dengan aneka juada yang sedap dengan harga yang berpatutan. Akan tetapi, pengurusan pengangkutan awam yang teruk contohnya pengguna harus membuang masa berjam menunggu teksi dan bas. Selain itu, teksi tidak menggunakan meter.
- Puchong merupakan bandar yang mempunyai kadar kesesakan lalu- lintas tinggi terutamanya di LDP (ke arah Sunway tol) dan kepadatan populasi penduduk yang tinggi. Secara keseluruhannya, pembangunan infrastruktur organisasi harus dititikberatkan terutamanya keindahan alam sekitar. Suatu perancangan lengkap dan sistematik harus di mulakan untuk keefisienan bandar yang lengkap, sesuai dan selamat.
- Sunway merupakan bandar yang moden dan cantik, yang menawarkan perkhidmatan dan layanan yang baik.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 9:02 AM 0 comments
Aspek bandar yang tidak efisyen
- Bandar yang kotor dan sesak
- Kadar jenayah yang tinggi & kurang keselamatan
- Kesesakan lalu- lintas dan kepadatan penduduk yang tinggi
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 8:56 AM 0 comments
Aspek bandar yang paling efisien di kalangan penduduk MPSJ
- Infrastruktur yang serba lengkap
- Menawarkan perkhidmatan yang pelbagai seperti pusat membeli- belah dengan layanan yang mesra
- Kurang kesesakan jalanraya mahupun kepadatan penduduk yang tinggi melalui perancangan yang awal yang baik dan rapi
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 8:41 AM 0 comments
Ranking tahap keefisyenan bandar mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan
Berdasarkan survey yang telah dijalankan, kami mendapati penduduk telah mengkategorikan Pihak Berkuasa Tempatan di sekitar Lembah Klang berdasarkan ranking 1(paling efisien) sehingga 10 (paling tidak efisien).
- Putrajaya & Cyberjaya
- Kuala Lumpur
- Petaling Jaya
- Subang Jaya
- Shah Alam
- Sepang
- Ampang Jaya
- Shah Alam
- Klang
- Banting
- Kajang
- Kuala Selangor
- Kuala Kubu Baru
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 7:54 AM 0 comments
Wednesday, November 19, 2008
Analisa komposisi penduduk MPSJ mengikut negeri asal.
Berdasarkan carta pai, jelas menunjukkan penduduk yang berhijrah ke kawasan MPSJ terdiri berasal daripada penduduk daripada seluruh Malaysia.
Penduduk yang berasal daripada Selangor, Johor, Perak dan Kuala lumpur menunjukkan peratus terbanyak iaitu sebanyak 20%, 17.8%, 15.6% dan 8.9%. Sementara negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan dan Perlis masing- masing sebanyak 2.2%, 4.4%, 6.7%, 2.2% dan 2.2%. Petaling Jaya, Pulau Pinang, Sarawak sebanyak 2.2%, 2.2% dan 8.7%. Penduduk yang berasal daripada Subang Jaya, Sungai buloh dan terengganu menunjukkan peratus yang sama iaitu sebanyak 2.2%.
Kebanyakkan penghijrahan penduduk ke MPSJ berasal daripada Selangor, Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Jika dilihat negeri- negeri tersebut tidaklah ketinggalan daripada segi kemajuan baik daripada segi ekonomi mahupun akademik. Kemungkinan tawaran kerja dengan persekitaran yang baru serta gaji yang lebih lumayan mendorong penghijrahan penduduk ke bandar MPSJ.
Ada kemungkinan juga, penduduk datang ke bandar pada mulanya untuk mendapat pendidikan, namun apabila terasa kehidupan lebih selesa dan menjamin masa depan maka mereka terus menetap di bandar. Rata- rata respondan mengatakan apabila sudah pencen atau tidak larat bekerja lagi mereka mahu pulang ke kampung. Ini kerana persekitaran bandar yang sibuk, bising dan sesak tidak sesuai untuk golongan yang telah berumur.
Posted by Nur Diyana Binti Mohd Isa (A120529) at 7:07 PM 0 comments