CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

Hulu Selangor kini PBT angkat Subang Jaya ^-^


SUBANG JAYA 7 Julai - Bagi menyahut saranan kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menjadikan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai PBT angkat bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dalam meningkat mutu kerja.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md. Ikhsan berkata, pendekatan tersebut dilaksanakan bagi membantu PBT berkenaan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Hulu Selangor.
Menurutnya, MPSJ sedia untuk berkongsi kepakaran serta cara kerja mereka sekiranya dapat membantu MDHS menjadi PBT yang cemerlang.

Antara usaha yang dijalankan :-

  1. Mengadakan beberapa program dan kursus bersama-sama dengan kakitangan MDHS untuk berkongsi kepakaran masing-masing.
  2. Menghantar pegawai-pegawai ke MDHS untuk berkongsi kepakaran.

Kenapa MHDS gagal dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduknya ?...

  • Sikap sesetangah penduduk yang enggan membayar cukai. Sikap negatif ini bukan hanya menyukarkan MDSH untuk membangunkan kawasan tetapi penduduk di daerah ini juga akan ketinggalan jauh daripada keefisyenan bandar. Sepatutnya penduduk dan majlis haruslah bekerjasama antara satu sama lain bagi memajukan kawasan mereka.

Monday, October 27, 2008

MPSJ pemenang Anugerah Bandar Lestari sempena Anugerah Alam Sekitar 2007

Faktor kemenangan (MPSJ) kerana ia telah dapat mengintegrasikan unsur-unsur alam sekitar dalam perancangan, operasi dan pentadbirannya.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) sejak tahun 2003 itu diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Bagi saya MPSJ wajar memenangi anugerah ini kerana walaupun lebih dikenali sebagai 'bandar elit' yang tersergam bangunan mewah dan ternama namun di sepanjang perjalanan di tanam dengan pelbagai tumbuhan.


Pelbagai anugerah dan penghormatan perlu diperbanyakkan dalam usaha memelihara alam sekitar agar pihak- pihak PBT, badan kerajaan mahupun NGO akan berusaha ke arah mengintegrasi unsur- unsur alam sekitar dalam setiap perancangan, pentadbiran dan operasinya. Diharap anugerah ini dapat meningkatkan semangat MPSJ untuk meningkatkan usahanya dan dapat memenanginya lagi pada tahun- tahun akan datang.

lokasi taman permainan tidak efisyen. Adakah ia projek yang sekadar tangkap muat?

SUBANG JAYA 7 April - Dalam membentuk modal insan yang terbaik, kecergasan mental dan fizikal adalah sama penting dan kedua-dua faktor itu perlu dibentuk sejak dari kecil lagi.
Menyedari perkara itu, kerajaan mewajibkan setiap pemaju supaya mewujudkan kawasan lapang dan taman permainan di setiap taman perumahan sebagai tambahan kepada taman-taman awam yang disediakan di beberapa tempat.

  • Fungsi: Lokasi pembentukan fizikal yang sihat dan aktiviti sosial yang lain.

Akan tetapi, sikap yang sekadar tangkap muat ini boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak- kanak seperti dalam kes Sharlinie Mohd. Nashar dan Muhamad Asmawi Jalaludin yang masih belum dijumpai sehingga hari ini.

Kenapa projek ini mendapat bantahan hebat daripada penduduk?

  • Ia menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan ibu bapa kerana terletak berdekatan dengan jalan utama dan boleh memudahkan berlakunya kes penculikan. Ia juga terpinggir dari kawasan perumahan di samping kehadiran ramai warga asing di situ pada sebelah petang.
  • Walaupun mendapat bantahan daripada sebahagian penduduk USJ 22, projek padang permainan berkenaan tetap diteruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
    Tambahan pula, Pangsapuri Flaville yang terletak bersebelahan sudah mempunyai padang permainan sendiri dan langkah MPSJ itu dilihat sebagai tindakan yang agak ganjil.
  • Kebanyakan penduduk di situ mahukan padang permainan bagi USJ 22 itu dipindahkan ke satu tapak lain yang lebih strategik dan selamat. Tapak yang dimaksudkan hanya terletak beberapa meter sahaja daripada lokasi perumahan mereka dan dipisahkan dengan tanah perkuburan.
  • Surat aduan telah dihantar namun jawapan yang diterima daripada MPSJ memaklumkan bahawa projek tidak boleh ditarik balik kerana surat kontrak dan tawaran telah dikeluarkan kepada kontraktor.
  • Penduduk kesal dengan sikap pihak MPSJ tidak memantau sepenuhnya dahulu kawasan ini sebelum meluluskan projek padang permainan tersebut.
  • Selain itu, faktor muka bumi yang curam dan tidak rata menambahkan lagi faktor bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi.
  • Katanya, MPSJ tidak seharusnya hanya mahu melepaskan tanggungjawab membina padang permainan tetapi juga perlu mengambil kira faktor keselamatan dan kesesuaian lokasi.
  • Pembinaan taman permainan itu juga menyebabkan longkang berhampiran terpaksa ditimbus untuk dijadikan laluan jalan masuk. Ia ternyata boleh menjejaskan saliran longkang berhampiran Apartmen Flaville dan boleh menyebabkan banjir kilat. Sepatutnya longkang itu tidak ditimbus semata-mata untuk membuat jalan masuk kerana banyak cara lain yang boleh digunakan.
  • Katanya, masih belum terlambat untuk MPSJ memindahkan lokasi taman permainan itu kerana projek itu masih belum siap sepenuhnya.

Tuesday, October 21, 2008

Selangor permudah pemberian lesen penjaja

Penjajaan sedang di jalankan bagi meneruskan kehidupan


SUBANG JAYA 13 April – Cara pemberian lesen kepada penjaja-penjaja bakal dipermudahkan manakala lebih banyak pasar pagi dan malam bakal dibuka di negeri Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan:-



  1. Membantu golongan berpendapatan rendah berniaga secara sah tanpa sebarang masalah.

  2. Menjana ekonomi penduduk setempat dengan menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang perniagaan.‘‘Slogan mesra, cekap dan berintegriti harus menjadi pegangan kepada semua pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas mereka kepada rakyat negeri Selangor,’’ katanya.

Beberapa langkah yang diambil oleh MPSJ wajar dipuji seperti membuka kaunter bersepadu bagi memudahkan pelanggan berurusan.
“Ini melambangkan MPSJ telah menyahut cabaran kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan dasar No Wrong Door Policy iaitu menetapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” tambahnya lagi.

MPSJ perkenal skim pinjaman mudah jelas tunggakan cukai

SUBANG JAYA 2 Dis. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan pembayar-pembayar cukai yang mempunyai jumlah tunggakan yang besar menjelaskan cukai mereka kepada pihak Majlis sama ada secara terus atau ansuran.
Contohnya: terdapat individu yang mempunyai tunggakan sebanyak RM3,000 hingga RM6,000, maka melalui skim ini, pembayar cukai boleh membuat pinjaman dengan pihak bank supaya dapat melunaskan tunggakan kepada MPSJ. Selain itu, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan sistem itu.
Menurut Adnan, MPSJ sudah memulakan operasi sita pada 15 November lalu dan akan meneruskannya sepanjang Disember ini bagi mencapai sasaran kutipan cukai tertunggak pada tahap 90 peratus.
Sehingga 31 Oktober yang lalu, MPSJ berjaya mengutip 75 peratus tunggakan iaitu melebihi tahap yang ditetapkan kerajaan negeri berjumlah RM21 juta daripada RM27 juta nilai tunggakan.
Tambahnya, sebanyak 85 peratus atau RM114 juta cukai berjaya dikutip daripada nilai keseluruhannya sebanyak RM134 juta.

Sunday, October 19, 2008


Terdapat 23 langkah pencegahan jenayah sebagaimana terkandung dalam Program Bandar Selamat KPKT.

  • Antara beberapa langkah pencegahan yang telah di ambil:-
  1. Pengasingan laluan pejalan kaki daripada jalan bermotor
  2. Penyelidikan pencegahan jenayah
  3. Perkongsian maklumat jenayah melalui Gis- Based Mapping
  4. Penyemakan garis panduan susun atur perumahan
  5. Pondok polis
  6. Papan tanda peringatan jenayah
  7. Cermin keselamatan
  8. Tempat letak motosikal berkunci
  9. Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan
  10. Laluan awam tidak terlindung atau menghalang pandangan awam
  11. Mencahayakan kawasan- kawasan yang menjadi sasaran
  12. Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan pejalan kaki
  13. Menjanakan pelbagai aktiviti perniagaan
  14. Pendidikan
  15. Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta
  16. Pemasangan lampu di lorong tepi, depan, dan belakang rumah
  17. Menyediakan risalah jenayah oleh komuniti
  18. Meningkatkan rondaan kawasan perumahan
  • Sedang di ambil
  1. Pemasangan kamera litar tertutup (cctv)
  • Akan di ambil
  1. Penggera keselamatan

Penduduk MPSJ

Berdasarkan data yang telah di berikan oleh Jabatan Perancang Bandar MPSJ, jumlah penduduk daripada tahun 2000- 2010 adalah sebanyak 531 400 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18.77% terdiri daripada penduduk bandar dan 3.91% ialah penduduk pinggir bandar.
Penduduk di bandar lebih banyak daripada penduduk pinggir bandar kerana ekonomi utama atau guna tanah terbesar MPSJ adalah daripada sektor perumahan, pusat membeli- belah (infrastruktur) dan 'services'. Manakala perniagaan dan industri hanya menyumbang dalam peratus yang kecil.
Semasa kerja lapangan di jalankan pada hari sabtu yang lepas, saya melihat lambakan pekerja asing memenuhi peluang pekerjaan dalam sektor hotel, kerja pembersihan dan kedai makanan. Pilu rasa hati, bagai bukan berada di negara sendiri. Bahasa Malaysia bukanlah bahasa utama, kami terpaksa menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi kerana terdapat sesetengah responden wargenegara Malaysia sendiri tidak memahami bahasa Malaysia. Ketika menyusuri pusat membeli- belah sekitar MPSJ, terdetik di hati ke mana hilangnya masyarakat Malaysia?. Rupa- rupanya keluhan hati saya ini telah lama terpendam di hati beberapa responden yang terdiri daripada kelas pertengahan ke bawahan, merungut dengan masalah lambakan pekerja asing yang memenuhi bandar Sunway, USJ dan Puchon, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kehadiran warganegara daripada luar meningkatkan kadar jenayah seperti rompakan dan masalah sosial.
Setelah seharian berada di sana tiga masalah utama penduduk MPSJ telah saya kenalpasti:-
  1. Lambakan pekerja asing
  2. Masalah jenayah terutama rompakan
  3. Kesesakan lalulintas
  4. Kepadatan penduduk

Sehingga salah seorang respondan bangsa cina, menyatakan " pembangunan MPSJ memang canggih namun kemajuan, kemudahan dan canggihnya MPSJ ini hanya dapat di nikmati oleh golongan berada manakala penduduk bawahan hanya dapat melihatnya sahaja. Orang kaya bertambah senang dan selesa, manakala yang miskin bertambah susah dan sukar".

Kemudahan hotel & penginapan ^-^




  1. Sheraton Subang Hotel & Towers Subang (5 bintang)

  2. Palace of the Golden Horses (5 bintang)

  3. Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway (5 bintang)

  4. The Mines Beach Resort & Spa (5 bintang)

  5. The Summit USJ Hotel, Subang (4 bintang)

  6. The Saujana, Subang (5 bintang)

  7. Pyramid Tower Hotel, Sunway (4 bintang)

  8. Holiday Villa Hotel & Suits, Subang (5 bintang)

Lokasi- lokasi utama tarikan pelancongan

a) Taman tema

  1. Sunway lagoon
  2. Mines Wonderland

b) Pusat membeli- belah

  1. Sunway Pyramid
  2. Subang Parade
  3. IOI Mall
  4. Mines Shopping Fair
  5. The Summit
  6. South City Plaza

c) Taman Rekreasi

  1. Taman Subang Ria
  2. Taman wawasan Pusat Bandar Puchong
  3. Taman rekreasi Puchong Perdana
  4. Taman tasik Sri Serdang

Pembangunan Pelancong



  1. Hutan Simpan Ayer Hitam (aktiviti perkhemahan, mountain bike).
  2. Serdang (Agro Tourism).
  3. Bandar Puchong Jaya (muzium pelombongan).
  4. Tasik Seri Aman (rekreasi).
  5. Taman subang Ria (rekreasi)

Kawasan utama yang berpotensi untuk pembangunan


Pembangunan daerah:-

  • Kawasan Kampung Tradisi.
  • Kawasan Kampung Baru Sri Kembangan.
  • Kawasan Persisiran Sungai Klang.

Kawasan utama dalam pentadbiran sedia ada yang mengalami pembangunan pesat



  1. BPK 1- Seri Kembangan
  2. BPK 2- Bandar Putra Permai
  3. BPK 3- Kinrara
  4. BPK 4- Puchong
  5. BPK 5- Subang Jaya (USJ)
  6. BPK 6- Subang Hi- Tech

Thursday, October 16, 2008

Peta Subang Jaya

MPSJ pandangan dari satelit

Apa istimewanya Subang Jaya?


Pengenalan:-

  • Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, terletak dalam kawasan Lembah Kelang.Berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 55,000 orang.
Latar- belakang:-
  • Subang Jaya telah di bangunkan oleh Sime UEP Berhad, iaitu bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
  • Tahun 1997, Subang Jaya telah di anugerahkan status bandar munisipal (municipality), iaitu pihak berkuasa tempatan dipindahkan daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling. Telah ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.

Kemudahan:-
  • Merupakan satu komuniti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.
  • Di hubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Selain itu, turut dihubungkan dengan KTM Komuter. Oleh sebab capaian yang tinggi, kemudahan yang cukup dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik berganda di beberapa tempat.
  • Telah di kenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Kolej Inti, Kolej Metropolitan serta Kolej Universiti Sunway yang terletak 15km dari Subang Jaya. Institusi pendidikan ini telah menggalakan banyak perumahan telah di buka di kawasantersebut, terutamanya di SS15, yang merupakan penginapan bagi para penuntut. Pelbagai pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga turut didirikan di situ.
Perkembangan Semasa
  1. Antara perkembangan prasarana terkini ialah pembinaan flyover Hubungan Subang-Kelana Jaya yang menghubungkan Bulatan Kewajipan di Lebuhraya Pantai Baru dengan Lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan.
  2. Pada Mei 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya dengan menyambungkan Aliran Kelana Jaya ke kawasan-kawasan stesen KTM Komuter Subang Jaya, SS14, SS15, Bandar Sunway, USJ1 dan USJ8 sebagai peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
  3. Pada 10 Mac 2006 pula, satu ribut hujan batu seakan-akan taufan telah melanda di Subang Jaya. Ini merupakan bencana ribut terburuk pernah dialami oleh penduduk kawasan tersebut, terutamanya SS13, SS14, SS15 dan SS17 yang teruk terjejas.

Perancangan Kerja lapangan di MPSJ

Pada hari jumaat, 17 oct. 2008 kumpulan kami akan mengadakan penyelidikan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Selangor.

1) Objektif kajian:-
Mengkaji perspektif awam terhadap tahap keefisienan bandar di kawasan pihak berkuasa tempatan.

2) Antara bandar- bandar yang terdapat di daerah subang jaya ialah:-
  1. SS17
  2. USJ8
  3. Bandar Sunway
  4. Putra Height
  5. Puchong
  6. Serdang
  7. Serdang Lama
  8. Seri Kembangan
3) Walaupun terdapat 8 buah bandar di daerah Subang Jaya akan tetapi hanya 3 bandar utama sahaja yang akan di nilai mewakili Subang Jaya iaitu SS17 atau USJ8, Bandar Sunway dan Puchong. Respondan terdiri daripada penduduk di 3 bandar utama tersebut. Komposisi Penduduk adalah terdiri daripada 195303 melayu, 236067 cina dan india 65897. Jumlah keseluruhan penduduk MPSJ adalah seramai 502 145.


5) Peratus kaum di MPSJ.
Melayu sebanyak 38.90%, Cina pula 47.01%, India sebanyak 13.12% dan lain-lain0.97%.

6) Sebanyak 15 borang soal selidik yang akan diedarkan secara rawak mengikut komposisi kaum di 3 bandar utama di MPSJ:-
6 responden melayu : 7 responden cina : 2 responden india : 0 responden lain- lain, menjadikan jumlahnya seramai 15 responden.

Taburan Penduduk Mengikut Umur Tahun 2000

Keseluruhannya min umur penduduk bagi kawasan bandar di Negeri Selangor ialah 25.6 tahun, manakala min umur penduduk 27.64 tahun.

Bangsa Bandar Luar bandar
Melayu 23.4 26.4
Cina 28.8 29.6
India 27.0 26.4
Lain- lain 18.0 23.0
Bukan warganegara 30.8 32.8

Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan bahawa umur penduduk bagi setiap bangsa, kecuali bangsa indialah lebih tinggi di kawasan bandar berbanding luar bandar. Di antara faktor yang menyebabkan peningkatan penduduk di bandar kerana penghijrahan penduduk muda dari luar bandar ke bandar untuk memajukan hidup daripada segi ekonomi dan pendidikan.

Tuesday, October 14, 2008

Kompleks 3C


OBJEKTIF

  • Membentuk dan menyemai keupayaan serta potensi kanak-kanak agar mereka berupaya mengembangkan kreativiti mereka.
  • Meningkatkan kreativiti pembangunan diri kanak-kanak melalui program-program terancang.
  • Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai "state of the art" pembelajaran bagi menjana minda yang aktif dan kreatif.
  • Untuk melahirkan generasi muda yang lebih patriotik dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Manfaatkan kemudahan di Kompleks 3C MPSJ

SUBANG JAYA 14 Julai - Kerajaan negeri Selangor mengharapkan penduduk dapat menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang telah disediakan di Kompleks Perkembangan Kanak-Kanak (Kompleks 3C) milik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liew berkata, kerajaan negeri tidak mahu projek itu menjadi projek gajah putih yang tidak membawa manfaat kepada orang ramai.

Menurutnya, pelbagai kemudahan disediakan di kompleks contohnya zoo mini, tapak perkhemahan, auditorium, pusat pembelajaran, bengkel dan galeri seni yang boleh digunakan.
Beberapa kemudahan juga perlu diubah suai bagi menempatkan beberapa lagi pusat pembelajaran dan juga perpustakaan. Bagi suri rumah pula boleh menambah pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus pendek yang ditawarkan di kompleks itu pada setiap hari Sabtu.
Tujuan utama Kompleks 3C dibangunkan bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan kreatif bermula dari zaman kanak-kanak lagi, yang mana ia menyediakan aktiviti dan program yang boleh menambahkan lagi kebolehan dan kemahiran kanak-kanak yang tidak terdapat di mana-mana tadika dan taman bimbingan kanak-kanak yang lain.

BPR siasat dakwaan penguat kuasa MPSJ terima sogokan

PETALING JAYA 1 Feb. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menjalankan siasatan terhadap anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang didakwa meminta wang sogokan daripada pemilik pasar mini di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, di sini.
BPR mendapatkan kenyataan daripada semua anggota penguat kuasa MPSJ yang terbabit dalam kejadian itu, tidak ketinggalan kenyataan daripada pemilik pasar mini tersebut, Noraffendi Kamal Abdullah, 41, yang merupakan pengadu dalam kes itu.
Dalam kejadian pada pukul 11 pagi Selasa lalu, sekumpulan 45 anggota penguat kuasa MPSJ didakwa menyerang pasar mini milik Noraffendi. Anak lelaki serta seorang pekerjanya turut tercedera.
Noraffendi turut mendakwa anggota penguat kuasa itu merampas 18 biji tong gas dan beberapa unit telefon bimbit selepas merosakkan barang-barang di dalam pasar mininya.
Kejadian itu didakwa berpunca daripada keengganan Noraffendi membayar wang perlindungan RM500 kepada anggota penguat kuasa terlibat sejak dua bulan lalu.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Hussin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut berhubung siasatan BPR itu.
Noraffendi yang ditemui kemudian berkata, keterangannya hari ini kepada dua pegawai BPR adalah yang kedua dibuatnya selepas kali pertama pada hari kejadian.

Taman Rekreasi


  1. Sunway Lagoon Theme Park
  2. Extreme Park- untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak (outdoor). Permainan lasak seperti skateboarding, in-line skating, stunts BMX, paintball, jet-skiing, menyelam, go-karting, futsal, remote control, kereta lumba, ATV trekking.
  3. Kinrara Golf Resort.
  4. Taman Tasik Puchong Perdana- tumpuan pelbagai lapisan masyarakat kerana kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti tempat letak kereta, padang permainan, reflexeologi dan tempat beristirehat. Juga di hiasi masjid terapung yang tersergam indah dan menenangkan.

Prog.Pembasmian Kemiskinan

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu meringankan beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan miskin tegar di bandar.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT :-

MISKIN

MISKIN TEGAR

Pendapatan Isi Rumah

Per Kapita
(Isi Rumah/Orang)

Pendapatan Isi Rumah

Per Kapita
(Pendapatan Isi Rumah/Orang)

RM 740

RM 185

RM 420

RM 100