CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 16, 2008

Apa istimewanya Subang Jaya?


Pengenalan:-

  • Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, terletak dalam kawasan Lembah Kelang.Berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 55,000 orang.
Latar- belakang:-
  • Subang Jaya telah di bangunkan oleh Sime UEP Berhad, iaitu bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
  • Tahun 1997, Subang Jaya telah di anugerahkan status bandar munisipal (municipality), iaitu pihak berkuasa tempatan dipindahkan daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MPSJ bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling. Telah ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.

Kemudahan:-
  • Merupakan satu komuniti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.
  • Di hubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Selain itu, turut dihubungkan dengan KTM Komuter. Oleh sebab capaian yang tinggi, kemudahan yang cukup dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik berganda di beberapa tempat.
  • Telah di kenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Kolej Inti, Kolej Metropolitan serta Kolej Universiti Sunway yang terletak 15km dari Subang Jaya. Institusi pendidikan ini telah menggalakan banyak perumahan telah di buka di kawasantersebut, terutamanya di SS15, yang merupakan penginapan bagi para penuntut. Pelbagai pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga turut didirikan di situ.
Perkembangan Semasa
  1. Antara perkembangan prasarana terkini ialah pembinaan flyover Hubungan Subang-Kelana Jaya yang menghubungkan Bulatan Kewajipan di Lebuhraya Pantai Baru dengan Lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Lebuhraya Persekutuan.
  2. Pada Mei 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya dengan menyambungkan Aliran Kelana Jaya ke kawasan-kawasan stesen KTM Komuter Subang Jaya, SS14, SS15, Bandar Sunway, USJ1 dan USJ8 sebagai peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
  3. Pada 10 Mac 2006 pula, satu ribut hujan batu seakan-akan taufan telah melanda di Subang Jaya. Ini merupakan bencana ribut terburuk pernah dialami oleh penduduk kawasan tersebut, terutamanya SS13, SS14, SS15 dan SS17 yang teruk terjejas.

1 comments:

happy emo said...

thx man..ur blog helped me lots